Saturday 15 September 2012

Gotong Royong Hari Malaysia

Pada hari ini Jumaat, 14 September 2012, kami beberapa orang ahli PERWAKILAN Moscow telah mengadakan gotong-royong menyiang bahan danmembuat karipap dan popia. Sambutan Hari Malaysia ini akan berlangsung pada 18 September 2012  Hotel Radisson Slavayanskaya SAS, Moscow.  Bermula seawal pukul 10.30 pagi, kerja-kerja menyiang bahan-bahan inti dilakukan oleh beberapa orang ahli sementara beberapa orang lagi membuat dan menguli doh karipap.  Setelah bahan-bahan siap disiang,kami meyambung tugas dengan membuat dan mengelim karipap dan sebahagian pula menggoreng separuh masak karipap yang telah siap.  Jumlah karipap dan popia yang perlu disediakan adalah lebih kurang 1500 biji setiap jenis.  Jadi popia dan sebahagian lagi karipap akan dibuat di rumah beberapa orang ahli yang diberi amanah oleh jawatankuasa.
x

Seperti kebiasaan, waktu makan tengahari, kami makan secara bergilir bekalan yang kami bawa secara 'potluck'.  Alhamdulillah rezeki pada hari Jumaat.  Para jemaah Solat Jumaat juga mendapat banyak rezeki pelbagai jenis makanan pada hari ini.  Kami telah berjaya menyiapkan tugasan pada hari ini pada jam 3.30 petang.  Lebih kurang jam 4 petang kami pun bersurai.

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...