Tuesday 24 July 2012

SURAH AL-HUMAZAH


SURAH AL-HUMAZAH
Nama surah ke 104 ini ialah al-Humazah, ertinya orang yang mengumpat dan mencela orang. Dinamakan juga al-Lumazah ertinya orang yang mencaci dan suka menyebut keaiban orang. Kedua-dua nama ini diambil daripada dua perkataan dalam ayat pertama surah ini.

Tafsir surah al-Humazah (pengumpat)

Bismillaahirrahmaanirrahiim.
1. Kecelekaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.
2. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya
3. Dia mengira bahawa hartanya itu dapat
mengekalkannya.
4. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar
akan dilemparkan ke dalam Huthamah.
5. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
6. Yaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan.
7. Yang sampai ke hati
8. Sesunguhnya api itu ditutup rapat atas mereka
9. Sedang mereka itu diikat pada tiang-tiang yang
panjang.

Imam al-Bukhari dan sebahagian Mufassirin menamakan surah ini dengan nama سُورَةُ وَيلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ menyamai sepenuhbnya dengan ayat pertama.Al-Fayruzabadi menamakannya dengan surah al-Hutamah ertinya (neraka al-Hutamah)[1].



Zaman Nuzul
Surah ini termasuk dalam kelumpuk surah-surah Makkiyyah. Para ulama sepakat menyatakan turunnya di Makkah, malah dikatakan turunnya pada zaman awal penyebaran Islam di bumi itu. Beberapa individu yang dikaitkan dalam sebab nuzul membuktikan surah ini diturunkan di Makkah, antaranya:

`Ata ibn Rabah menyakan ayat ini diturunkan mengenai al-Akhnas Ibn Syuraiq yang menggelar orang Islam dengan gelaran-gelaran buruk serta mengumpat dan mencaci mereka. Menurut Muqatil, ayat ini diturunkan mengenai al-Walid Ibn al-Mughirah yang mencela Nabi saw dan mengumpatnya di belakang Nabi. Muhammad Ibn Ishaq pula meriwayatkan, ayat diturunkan mengenai Umayyah ibn Khalaf[2]

Meskipun ayat dikaitkan dengan individu-individu tertentu, namun ia tidak penting meng kerana ayat menyatakan mengumpat dan mencaci adalah penyakit-penyakit yang menimpa manusia yang rendah budi dan tidak bermoral. Orang ini biasanya tidak nampak kelemahan dirinya, sebaliknya sangat bijak mengkritik dan melihat kelemahan pada orang lain, justeru di mana sahaja mereka berada kehormatan orang selalu meniti di bibirnya.

Munasabat Surah
Ayat-ayat dalam surah al-`Asr (103) terdahulu menyebutkan manusia dalam kerugian, tanpa menjelaskan butir-butir kerugian mereka. Ayat-ayat dalam surah al-Humazah (104) ini membicarakan dengan jelas antara orang yang rugi itu ialah orang yang suka mengumpat dan mendedahkan keaiban orang.Kerugian mereka ini sangat besar kerana akibatnya mereka akan dimasukkan ke dalam neraka al-Hutamah.

Tema dan Ikhtisar Surah

Tema surah ini ialah “Kekayaan yang Merugikan”. Kandungan surah ini membicarakan sikap segolongan manusia yang matlamat hidupnya ialah mengumpul harta dan kekayaan sebanyak-banyaknya. Mereka bukan sahaja suka mengumpul,tetapi mejadikan harta sebagai kayu ukur bagi menilai seseorang manusia, tanpa
memberi sebarang nilai kepada akhlak dan kerohanian.

Atas dasar siapa berharta dialah yang seharusnya diberi kemuliaan, disanjung tinggi dan dihormati. Orang miskin pula dihina, diejek dan dicaci, sehingga sikap buruk ini membudaya dalam masyarakat tanpa disedari. Islam mempunyai prinsip yang jelas terhadap harta, iaitu harta hanya wasilah bukan matlamat.

Jika harta hanya wasilah, mengapa manusia berlumba-lumba mencari harta bagaikan kalkatu mengejar cahaya, mengapa keluarga bergaduh kerana harta, mengapa pasangan suami isteri memilih jalan bercerai kerana harta. Adakah kerana konsep dan perbezaan di antara kesempurnaan dan keperluan, di antara kemewahan dan kecukupan sudah tiada lagi garis-garis persempadanan akibat perubahan sistem pendidikan dan penempatan.

Kepentingan harta pada zaman ini memang tidak di nafikan, akibat dari tuntutan hidup yang pelbagai seiring dengan cara hidup di sebuah negara maju berbanding zaman-zaman sdebelum ini. Manusia sama ada suka atau tidak terpaksa menerima hakikat mereka mesti bekerja keras untuk mendapatkan harta bagi memenuhi keperluan yang pada suatu ketika dahu di anggap sebagai kesempurnaan. Sesungguhnya Islam menjadikan harta sebagai wasilah, tetapi manusia menjadikannya matlamat, lalu mereka terjerat dengan pemikiran dari luar Islam,akibatnya mereka Berjaya mengupul harta tetapi tidak Berjaya mendapatkan nuktah akhirnya, mereka berjaya memperolehi makanan, tetapi gagal merasai kelazatannya,mereka berjaya memperolehi kesukaan tetapi gagal menikmati kebahagiaanya, mereka brjaya mendapatkan pakaian menutup badan, tetapi gagal mendapatkan penawar hati bagi menenangkan penderitaan dalaman. Mungkin puisi yang dimadahkan oleh Hatim al-Ta`ii berkaitan dilema ini:

لَعَمْرُكَ مَا يُغْنِي الثَّراءُ عَنِ الفَتَى *** إِذَا حَشْرَجَتْ يَومًا وَضَاقَ بِهَا الصَّدرُ

Terjemahan:
Demi usiamu,
Kekayaan belum cukup kepada seorang belia,
Tatkala tiba hari gementar dan sempitnya dada,

Pada akhir surah ini ayat-ayat menyentuh nasib yang bakal menimpa golongan pengfumpul harta yang sombong ini, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dalam keadaan hina dina dan berkekalan.

Fadilat Surah

Tiada sebarang riwayat yang sahih ditemui menyatakan tentang kelebihan surah
ini secara khusus. Wallahu'alam

-Sumber dari blog Dr Abdul Hayei

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...