Thursday 28 June 2012

18 Cara Merawat Hati

18 Cara Merawat Hati
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."
Bukhari dan Muslim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap penyakit akan ada ubatnya. Penyakit yang paling sukar diubati adalah penyakit hati manusia. Jika hati manusia sudah sakit dan pemilik hati tersebut tidak tahu bahawa hatinya berpenyakit maka sukar untuk di ubati. Tetapi jika pemilik hati tahu dia sedang sakit dan berusaha untuk mencari penawarnya maka ianya satu petanda bahawa ubat yang dicari akan ditemui dan insya Allah hati tersebut akan dapat di ubati dan akan menngalami penyembuhan.

Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.

2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.

3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.

4. Khusyuk dalam solat.

5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.

6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.

7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

8. Beriktikad dengan akidah yang betul.

9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.

10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.

13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.

15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.

17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati. Wallahualam.....

♫♫ MUHASABAH SEORANG WANITA SHOLEHAH ♫



♫ MUHASABAH SEORANG WANITA SHOLEHAH ♫

Jadilah seorang wanita sholehah,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Dien Allah,
Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang senantiasa dahaga akan mengharap ridho Allah
Yang sholatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang senatiasa bersama para mujahiddah Allah

Jadilah seorang wanita sholehah
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang senatiasa berbuat kebajikan karena sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat

Jadilah seorang wanita sholehah
Yang menghormati suaminya.
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Karena dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang wanita sholehah,
Yang senatiasa bersedia untuk menjadi makmum imamnya
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan qona'ah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang wanita sholehah
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya,
Matanya kepenatan karena membaca al-Quran,
Suaranya lesu karena penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan
Karena dia sadar betapa indahnya menjadi wanita sholihah melebihi perhiasan apapun didunia
Semakin sadar bertambah usianya bertambah kematangannya.

Jadilah seorang wanita sholehah
Yang senantiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqo'
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang wanita sholehah
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Karena dia mengimpikan syurga Allah.

Semoga senantiasa dirahmati-Nya..

BETAPA BERATNYA MENJADI SEORANG LELAKI

BETAPA BERATNYA MENJADI SEORANG LELAKI

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut:-

LELAKI
*********
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT.

WANITA
**********
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Diakhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :

*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


Mati hanya sekali
Maka Jadikannya pada jalan Allah...

Thursday 21 June 2012

Koleksi Petua Orang Tua-Tua Lama

Koleksi Petua Orang Tua-Tua Lama

Petua Untuk Cepat Di Pinang Orang- Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan 3 pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama 3 hari berturut-turut.

Menyerikan Wajah - Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Akan berserilah wajah anda.

Awet Muda - Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Kulit Cerah dan Licin - Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Mengekalkan Kecantikan - Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. Menghasilkan kulit cantik. Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yang telah dihancurkan.

Menegangkan Kulit Muka dan Menghilang Jerawat - Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yang anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. Kulit tegang, jerawat tiada.

Menghilangkan Parut di Kulit - Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Awet Muda - Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.



SUMBER : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Tuesday 19 June 2012

SURAH AMALAN UNTUK PEMUSNAHAN SEL KANSER


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.
Photo: Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan: 

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

♥ 20 AMALAN MURAH REZEKI ♥

♥ 20 AMALAN MURAH REZEKI ♥ 

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

♥ 1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

♥ 2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

♥ 3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

♥ 4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

♥ 5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

♥ 6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

♥ 7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

♥ 8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

♥ 9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

♥ 10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

♥ 11. Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

♥ 12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

♥ 13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

♥ 14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

♥ 15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

♥ 16. Bersyukur kepada Allah. Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

♥ 17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

♥ 18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

♥ 19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

♥ 20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sumber http://forum.asyraaf.net/viewthread.php?tid=1559&extra=page%3D2
Inilah Amal Pembuka Pintu Rezeki
Diantara pintu yang akan mengantarkan pintu rezeki, dan menjauhkan dari kesempitan hidup adalah :

♥ 1.Membaca “La ilaha illahah”.
Barang siapa yang lambat rezekinya hendaklah banyak mengucapkan la hawla wala quwwata illa billah (HR.At-Tabrani.

♥ 2.Membaca “La ilaha illallahul malikul haqqul mubin”.
Barangsiapa yang membaca “La ilaha illallahul malikul haqqul mubin”, maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur”. (HR. Abu Nu’aim dan Ad-Dailami).

♥ 3.Melanggengkan Istighfar.
“Barangsiapa melanggengkan istighfar, niscaya Allah mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan dan memberikan dia rezeki dari arah yang tidak diduganya”. (HR.Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

♥ 4.Membaca Surah Al-Ikhlas.
“Barangsiapa yang membaca surah al-Ikhlas ketika masuk rumah, maka (berkah bacaan) menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya”. (HR.Tabrani).

♥ 5.Membaca surah al-Waqi’ah
“Barangsiapa membaca surah al-Waqi’ah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup”. (HR. Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman).

♥ 6.Memperbanyak Shalawat atas Nabi Shallahu Alaihi Wa Sallam.
Ubay bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam berdiri seraya bersabda, “Wahau manusia, berzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat), pertama kemudian diiringi tiupan keuda. Akan datang kematian dan segala kesulitan yang ada di dalamnya”.

♥ 7.Membaca “Subhanallah wabihamdihi subhanallahil ‘adzhim.
..dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai diberikan untukmu sampia hari Kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”. (HR.Al-Mustaqfiri dalam Ad-Da’wat, dinukilkan dari Ihya Ulumuddin al-Ghazali).
Sementara itu, diriwayatkan dari Ibnu Abbas, ada beberapa orang musyrik yang telah berbuat maksiat dan dosa, yaitu mereka membunuh dan berzina. Maka, m ereka menghadap Rasulullah untuk bertaubat. Mereka pun bertanya kepada beliau, apakah akan diterima taubat mereka? Maka, turunlah ayat ini yang menerangkan hendaknya jangan berputus asa untuk terus mencari ampunan Allah Rabbul Alamin.
“Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang”. (Al-Qur’an : Az-Zummar : 53)

Monday 18 June 2012

SUNNAH RASULULLAH MENGENAI TIDUR

Salam sahabat semua.  Di sini ingin saya berkongsi sedikit tips dan amalan Rasulullah s.a.w mengenai tidur.  Antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.

2. Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.

3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?

Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

4. Membaca 4 Qul lalau meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untu menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia

5. Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang

6. Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat

7. Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita
8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Peringatan:
Pesan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.  Semoga memberi panduan dan manfaat kepada semua.
~ sayang Allah ~ rindu Allah ~ cinta Allah ~


DIET RASULULLAH DAN KHASIAT KURMA

Friday 15 June 2012

7 Cara Kempiskan Perut Buncit



Hiasan
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!

EGO LELAKI YG WANITA PERLU KETAHUI

EGO LELAKI YG WANITA PERLU KETAHUI

Lelaki adalah pelengkap hidup wanita, saling memerlukan namun hubungan yg terjalin mesra kadangkala berantakan gara2 sikap egois lelaki yg tidak difahami oleh wanita. Antara fakta2 yg perlu wanita ketahui tentang ego lelaki adalah:

1. Setiap lelaki percaya bulat2 pujian yg dilontarkan olh wanita kpd mereka, kebanyakan lelaki tidak dapat membezakan antara fakta atau pujian itu sekadar manis mulut namun jangan terkejut kalau ramai pula wanita terperangkap dalam perangkap pujian palsu lelaki kasanova yg menjadikan pujian sebagai kelebihan dlm memikat.

2. Lelaki seakan telah 'diprogram' untuk sentiasa berreaksi positif terhadap bahagian2 tubuh wanita. Maka tidak hairanlah jika berhadapan dengan wanita yg memiliki tubuh menarik, rata2 lelaki mengagumi dalam hati. Hampir kesemua lelaki tertarik utk melihat dan memuji dlm hati tatkala memandang wanita seksi walaupun ada diantara mereka curi2 pandang kerana isteri/teman wanita berada disamping.

3. Secara jujurnya kesemua lelaki memiliki sifat cemburu dan ada setengahnya lebih parah dari wanita.Namun sedaya upaya lelaki menyembunyikannya dan bermati2an tidak mengakuinya.

4. Kekuatan lelaki dlm posisi 'yang' (kuat, aktif, logik) manakala kelebihan wanita dlm posisi 'ying' (lembut dan beremosi). Rata2 lelaki senang melihat kejayaan wanita terutama jika yg berjaya itu adalah dari yg disayanginya namun sering memendam rasa tatkala melihat kejayaan mereka terutama jika berkait rapat dgn peningkatan kewangan wanita. Lelaki mahu wanita sukses tapi tetap sedar akan tahap mereka.

5. Semakin kita memaksa lelaki melakukan sesuatu, semakin lama mereka menolak mengerjakannya. Tapi jika cara permintaan pertolongan itu kena tempatnya dan ditawarkan sedikit 'hadiah' maka mereka akan melakukannya dengan cepat.

6. Lelaki jarang melihat diri mereka sebagaimana adanya dan menjadi kesalahan pada mereka bila wanita cuba 'mengajar'. Bagi lelaki, wanita jgn sesekali mencuba memperbaiki 'visi' mereka itu kecuali diminta berbuat demikian.

7. Lelaki juga tidak melihat wanita sebagaimana adanya. lelaki lebih menyukai wanita sesuai dengan fantasi mereka tentang wanita. Terdapat suami menyesal selepas berkahwin.

8. Walaupun lelaki sering mahu mendominasi dan menguasai hubungan, namun lama kelamaan mereka bosan. Lelaki mahu sekali sekala wanita mengambil inisiatif dlm hubungan dan mengambil alih tugas2 ringan dari lelaki dan biarkan lelaki bersendirian dan melakukan apa yg disukainya sebentar. Setelah bosannya hilang ia akan pulang kesarang semula.

9. Kesemua lelaki tidak suka diperintah dan diarah utk menyiapkan sesuatu kerja terutama oleh isterinya. Namun lelaki akan senang dikuasai dengan kata2 yg lembut dan pujuk rayu. Sekali disuruh menyiapkan kerja itu, lelaki akan mahu buat utk kali kedua asal saja bijak berkomunikasi dgnnya.

10. Lelaki tak pernah merasa terlalu berlebihan dlm mencuba membuat wanita 'kagum' dgn keberanian,kekuatan dan kepandaian mereka. Walaupun ternyata usaha mereka gagal tapi mereka tetap 'cool' dan tak pernah putus asa utk mencuba lagi.

11. Dengan sifat kompetitif yg menebal dlm diri, lelaki sangat benci kala melakukan kesilapan. Kewangan yg stabil, karier yg sukses dan teman hidup yg dibanggakannya (kerana memiliki pakej bijak dan cantik), hobi dan kebebasan masih menjadi agenda penting dalam hidup lelaki dan sekiranya salah satu goyang kerana kesilapannya sendiri payah utknya membina semula.

12. Kesemua lelaki mengagumi 'inner beuty' yg terdapat dlm diri seorg wanita. Lelaki lazimnya menyukai wanita kerana kepandaiannya w/p ramai lelaki tak mahu mengakui secara terang. Lelaki senang bila wanita disampingnya bijak dalam pergaulan termasuk dgn teman2 lelaki sekerja/sahabatnya. Lelaki tidak memilih wanita sebagai teman hidupnya semata2 kerana tarikan fizikal namun wanita yg mempunyai tarikan fizikal sering menjadi rebutan sebagai pasangan dlm sesuatu majlis utk dipamerkan pada teman2nya.

13. Hampir kesemua lelaki gemar melirik pada wanita lain andainya dia telah berkeluarga namun bukan beerti cintanya berkurang ianya memang bawaan lelaki maka wanita jangan mudah cemburu dan membebel dgn perangai yg satu ini.

14. Kesemua lelaki memiliki fantasi unik bersama wanita termasuk isteri dan wanita yg tidak dapat dimilikinya tapi dikaguminya/ disukainya. Lelaki mempunyai hasrat seks terhadap wanita lain namun perkara ini tiada hubungannya dgn apa yg diucapkannya pada wanita yg dimilikinya dan wanita yg menjadi fantasinya.

15. Lelaki akan melakukan apa sahaja utk menjadikan wanita yg diminatinya sebagai kekasihnya termasuk bersaing dgn teman sendiri. tiada istilah 'kalah' sebelum bertanding dalam kamus hidup lelaki namun itu bukan penentu kekasihnya itu bakal menjadi isterinya dan tak mustahil pula lelaki akan 'mengalah' sblm bertanding jika berhadapan dgn risiko yg merugikannya.

16. Lelaki ingin selalu bersama wanita yg dapat membuatkannya tampak seksi dan menarik, inilah salah satu ciri yg wanita tak patut abaikan jika ingin mempertahankan hubungan.

17. Lelaki pantang dikritik kesalahannya oleh wanita terutama dihadapan umum atau secara peribadi namun boleh bertolak ansur dgn kritikan sesama lelaki.

18. Lelaki sering merasa diri mereka mampu melakukan hal apapun, dikagumi, berhasil mencapai sesuatu hal yg sulit, boleh mengatakan sesuatu yg hebat, melakukan segala yg benar, selalu pula merasa diri benar dan menjadi pemenang dalam hal apapun

Bacaan Surah Yasin,Surah Al-Kahfi dan Juz Amma

Salam sahabat semua, sempena hari Jumaat yang mulia ini (penghulu segala hari) bersamaan 25 Rejab 1433H ini, marilah sama-sama kita baca dan hayati maksud yang tersurat di dalam surah-surah berikut.  Semoga kita mendapat berkat dari Allah swt.   Insya Allah.
Bacaan Yasin - Ust. Hj. Dzulkarnain (Full Version)

Surah 18 Kahf سورة الكهف Mishary Rashid Alafasy (Arabic & Translation) HD 1080p


Juz 'Amma - Muhammad Thoha Al Junayd


Thursday 14 June 2012

Misteri Di Sebalik Kota Mekah

NASA Menyembunyikan Misteri Di Sebalik Kota Mekah
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
 Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)

Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
 Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
Wallahu’alam…

BUTA, TULI DAN BISU

Best cerita ni...luangkan masa anda untuk membacanya.. .Sebagai pengajaran.. .Insya Allah 



Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. 

Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar khususnya buat kaum hawa.. 

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!" 

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " YaAllah, kenalkan annisa dengan hukumMu". 

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. 

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri 

Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. 

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. 

Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku? 

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.. 

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah 

ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. 

Butirannya seperti ini: 
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata) 

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik" 

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati 

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya? 

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak a da masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana? 

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita .. 

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.. 

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami 

Annisa : apakah hakikat tudung ? 

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung 

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu? 

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. 

Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT . 

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia" 

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin 

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. 

Wassalam...

TIPS TO BE A SUCCESSFUL WIFE


10 Tips to be a Successful Wife!
1. Make Du’a to Allah to make your marriage and relationship successful

All good things are from Allah. Never forget to ask Allah for the blessing of having a successful marriage that begins in this world... and continues on – by the Mercy of Allah – into Paradise.

2. Listen and obey! :)

Obeying your husband is obligatory! Your husband is the Ameer (head) of the household. Give him that right and respect.

3. Always seek to please your husband, for he is your key to Jannah

Prophet Muhammad (peace be upon him) taught us that any woman who dies in a state that her husband is pleased with her, shall enter Paradise. So, please him.

4. An argument is a fire in the house

Extinguish it with a simple ‘I’m sorry’ even if it is not your fault. When you fight back, you are only adding wood to the fire. Watch how sweetly an argument will end when you just say sincerely, “Look, I’m sorry. Let’s be friends.”

5. Thank your husband constantly for the nice things he does

Then thank him again. This is one of the most important techniques, as the opposite (ungratefulness) is a characteristic of the women of hellfire.

6. Joke and play games with your husband

A man’s secret: they seek women who are light-hearted and have a sense of humor. As the Prophet (peace be upon him) told Jabir to marry someone who would make him laugh and he would make her laugh.

7. Always wear jewelry and dress up in the house

From the early years, little girls have adorned themselves with earrings and bracelets and worn pretty dresses – as described in the Qur’an. As a wife, continue to use the jewelry that you have and the pretty dresses for your husband.

8. Review the characteristics of the Hoor Al-Ayn and try to imitate them

The Qur’an and Sunnah describe the women in Jannah with certain characteristics. Such as the silk they wear, their large dark eyes, etc. Try it, wear silk for your husband, put Kohl in your eyes to ‘enlarge’ them, and be good to your husband.

9. When your husband comes home, greet him with a wonderful greeting

Imagine your husband coming home to a clean house, an exquisitely dressed wife, a dinner prepared with care, children clean and sweet smelling, a clean bedroom – what would this do to his love for you? Now imagine what the opposite does to him.

10. Use your ‘Fitnah’ to win the heart of your husband

All women have the ornaments that Allah blessed them with. Use the beauty Allah has bestowed on you to win the heart of your husband.



Source : HAPPY MUSLIM HUSBAND & WIFE FB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...