Monday 7 May 2012

XTVT HUJUNG MINGGU DI MUSIM BUNGA

Salam sahabat semua.  Minggu ini telah masuk minggu ke-3 Moscow berada dalam musim bunga (Spring).  Cuacanya amat nyaman ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa di sana-sini.  Sekali sekali diselit juga dengan tiupan angin kencang.  Semasa musim bunga ini, memang ramai orang berada di kawasan riadah atau taman-taman permainan (Park).  Begitu jugalah kami sekeluarga, tidak ketinggalan juga menikmati udara nyaman dan damai di kawasan taman.
      Semalam 06.05.2012...kami sekeluarga telah keluar bersantai bersama anak-anak di kawasan sebuah taman riadah berhampiran rumah kami.  Sesampai di sana, anak-anak telah bermain lompat dalam 'jumping net'.  Seterusnya main motosikal , naik keretapi dan menaiki kereta kuda dan juga naik kuda .  Anak-anak kami kelihatan amat gembira dengan aktiviti yang dilakukan.  Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang agak banyak/besar untuk membolehkan anak-anak beriadah, namun kami merasakan satu kepuasan kerana telah memberi peluang kepada mereka bermain apa yang mereka sukai.  
Ateh n Achik lumba motosikal
Angah, A.Yang n Acu
Achik, Ateh n Acu naik keretapi
A.Yang, Achik n Ateh


A.Yang naik kuda

Angah, Achik, Ateh n Acu naik kereta kuda

                 
          Kami juga ada juga mengambil beberapa pose istimewa dengan bunga-bunga tulip.  Kenangan ini akan kami akan abadikan dalam memori album hidup kami selama berada di perantauan.  Ini adalah tahun ke-5 kami berposing dengan bunga-bunga tulip sejak tahun 2007 berada di Moscow RF ini. Sungguh indah dan menawan sekali anugerah Allah untuk kita di bumi ini.  




 Harapanku semoga hari esok bakal menjanjikan seribu lagi keindahan dan kemanisan buat kami sekeluarga tidak kira di mana saja berada.  Begitu juga harapanku terhadap kawan-kawan semua. 




No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...