Monday 7 May 2012

INFO BERGUNA UNTUK KITA SEMUA!


15 SEBAB ALLAH TURUNKAN BALA!


DARIPADA Saidina Ali bin Abi Thalib ra Rasulullah bersabda:

�Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperuntukkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Aanak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara ditinggikan di dalam masjid.
9. Orang menjadi ketua bagi satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

...Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain...

"..Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.."
Gambar Hisan

TAJUK PERKONGSIAN USTAZ MALAM INI: “8 Pintu Untuk Dimurahkan Rezeki”

Antara "8 Pintu Murah Rezeki" ialah:-

1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.
3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”
4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.
6. Selalu baca doa Al-Watiqa.
7. Rezeki ada dalam perkahwinan.

8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.”

CINTAILAH ISTERIMU
CINTAILAH ISTERIMU.....apabila dia menyuruhmu BERSOLAT, kerana dia ingin masuk syurga bersama-samamu suami kesayangannya.

CINTAILAH ISTERIMU.....apabila dia merasa dahulu kopi @ tea, kerana dia hanya ingin memastikan air itu sudah sedap diminum olehmu suami kesayangannya.

CINTAILAH ISTERIMU...apabila dia minta tolong kamu bermain dengan anak-anak, kerana dia lahirkan anak-anak itu tidak sendirian tanpa adanya kamu suami kesayangannya.

CINTAILAH ISTERIMU...apabila dia memasak tidak sesedap ibumu, kerana dia masih mencuba untuk membuat yang terbaik untukmu suami kesayangannya.

CINTAILAH ISTERIMU....kerana dia HANYA ADA KAMU suami harapannya dan dia sudah tiada lagi pilihan setelah dia lafazkan SUDI menjadi suri hidupmu.

HARGAILAH SETIAP PENGORBANAN DAN CEMBURU ISTERIMU....kerana dari ribuan lelaki diluar sana, dia hanya pilih kamu sebagai suami yang akan disayanginya sampai bila-bila tanpa rasa jemu malahan semakin menebal cintanya padamu suami kesayangannya.

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...