Wednesday 23 May 2012

MY NEW LITTLE SUNSHINE! part 2



beberapa jam selepas dilahirkan
    Akhirnya tepat jam 11.30 malam aku bersama suami bersiap segera untuk ke hospital Oparina 4 (Federal State Budget Institution "Research Center for Obstetrics, Gynecology and Perinatology" Ministry of Healthcare and Social Development of the Russian Federation.).  Aku menghubungi Winda untuk mohon pertolongan beliau agar menemankan kami ke hospital.  Almaklum la kan...dah hampir tengah malam, tambahan pula mereka memang fully Russian, so incase any problem, Winda boleh bantu kami untuk berkomunikasi.  Aku juga menghubungi Enal/Mete untuk meminta mereka menemankan anak-anakdi rumah.  Kami singah dulu di hostel Winda yang terletak lebih kurang 5 km dari rumah kami.  Sampai di M2, Winda dan Akmal telah sedia menunggu kami di tepi jalan.  Alhamdulillah!
Semasa dalam perjalanan menuju ke hospital, aku meminta Winda agar menghubungi Dr Baev untuk memaklumkan keadaanku.  Beliau mengarahkan agar kami masuk mengikut pintu yang telah dicatat dalam 'Propus' @ surat/pas kebenaran masuk ke kawasan larangan bagi orang biasa(kecuali untuk bersalin). Sampai di pintu 15, kami telah diarahkan pula untuk ke pintu 17 dan kemudian ke pintu 18 dan akhirnya sekali Dr Baev di telefon untuk memaklumkan keadaan yang berlaku.  Beliau mengarahkan agar kami pergi ke pintu 15semula dan beritahu para petugas di situ bahawa 'personal doctor'ku adalah Dr Baev...Head of Maternity Department (Head of the Department  Oleg R. Baev  MD, Professor,Akhirnya kami dibenarkan masuk setelah lebih kurang 25 minit ditendang ke sana ke mari macam bola.  Syukur Alhamdulillah.

Setelah disoal oleh doktor dan nurse yang bertugas pada masa itu, salah seorang nurse membersihkanku dan mengarahkan aku untuk bersalin pakaian(baju dan segala pakaian asalku dibuka dan ditukar dengan pakaian yang disediakan) dan aku pun diperiksa (dibuat VE) oleh salah doktor wanita yang bertugas.  Beliau mengatakan bahawa telah bukak 5cm.  Sungguh terkejut aku mendengarnya kerana tidak menyangka sama sekali bahawa sakit dada(jantung berdegup kencang) dan sakit kepala yang amat sangat serta terasa macam nak demam itu adalah salah tanda 'contraction'.  Sungguh pelik rasanya kerana telah banyak kali aku sakit hendak bersalin tetapi tidak pernah yang berlaku seperti ini. Namun sebagai manusia, kita harus akur bahawa Allah itu berbuat sekehendakNya....Kun Fayakun!

Kemudian, aku ditukarkan ke stretcher yang lain untuk dibawa ke tingkat 6 - Dewan Bersalin.  Dari tingkat 1 itu, kami (aku, dua orang nurse dan Winda) menaiki lif yang dijaga rapi (berkunci) oleh seorang petugas.  Aku telah ditempatkan di bilik No. 2 dengan dilengkapi sebuah katil dan peralatan bersalin dihadapan kaunter.  Setelah itu aku dipindahkan ke katil tersebut.  Bersebelahan bilik itu adalah dewan bedah.  Nurse yang bertugas di situ mula membuat pemeriksaan dan memakaikan sarung kaki panjang (sehingga paras peha).  Sambil menunggu doktor personal (Dr Baev) aku datang, aku dan Winda mula bersembang-sembang tentang hal-hal semasa dan hal-hal berkaitan dengan bersalin.  setelah lebih kurang 40 minit berlalu, Dr Baev pun muncul dan bertanyakan khabarku.  Beliau nampak agak terkejut tetapi tenang.

Beliau memulakan tugas dengan membuat VE terhadapku tetapi aku agak kehairanan kerana beliau melakukannya agak lama...lebih kurang 40 minit.  Setelah selesai, beliau mengarahkan aku supaya tidak mengubah posisiku ( berbaring sambil mengangkang).  Menurut beliau, sebenarnya kedudukan bayiku sebelum ini 'melintang' - kepala di bahagian kiri abdomenku.  Sebab itu beliau menyeluk vaginiku agak lama sambil membetulkan kedudukan bayi dari dalam.  Tergamam aku mendengarnya namun aku bersyukur pada Allah swt kerana Dr Baev telah berjaya membetulkannya ke posisi/kedudukan yang betul. ...Alhamdulillah!
Aku sentiasa dan tidak putus-putus berdoa dan berzikir kepadaNya agar diberi kelapangan dan kemudahan untukku melahirkan bayiku ini.  Dr Baev mengatakan bahawa beliau akan memeriksaku setiap 15 minit sekali.
Selepas pemeriksaan VE kali kedua, beliau mengatakan bahawa 'contraction' ku agak lemah.  Dia akan memasukkan ubat melalui 'drip' ditangan kananku untuk mempercepatkan rasa contractionku. Aku bersetuju dan nurse pun memulakan tugas beliau.  Alhamdulillah, rasa contraction semakin kuat dan kerap.  Setelah bertarung agak lama (lebih kurang 3 jam) akhirnya selepas pemeriksaan Dr Baev kali ke-5, aku sudah tidak tahan lagi dan rasa mahu meneran. Aku  menjerit memanggil doktor dan akhirnya tepat jam 4.25 pagi, aku telah meneran buat kali pertama dan diikuti kali kedua 2 minit kemudian.  Alhamdulillah, sejurus membuka mata, aku telah merasai babyku telah berada diatas perutku yang telah kempis. Sejuta rahmat dan kesyukuran kupanjatkan kepadaNya kerana telah menolongku mengeluarkan baby ini dengan selamat dan sempurna tanpa ada 'torehan' dan jahitan 'epiosotomy'....Pertama kali dalam hidupku dan sungguh Maha Besarnya Kuasa Allah, dalam usiaku yang hampir menjangkau 44 tahun, aku melahirkan anak yang paling besar dalam sejarahku sendiri, 3.605kg tanpa torehan dan jahitan doktor dan nurse. Satu kekuatan yang kupinta tetapi 1001 rahmat dan hidayahNya telah kuterima. TQVM ALLAH!.

Sesungguhnya aku bangga dengan diriku kerana dikurniakan Allah kekuatan sebegini dan aku berterima kasih juga kepada Dr Baev kerana membantuku sepanjang proses kelahiran ini.  Berbaloi rasanya membayar beliau secara personel sebanyak RB 50,000 @ +- RM5,000.  Aku semakin takjub dan kagum dengan kebesaran Allah dan ini menjadikan diriku semakin ingin mendekati Allah dengan sedekat-dekatnya.  Semoga hari-hari yang mendatang, bakal menjanjikan buatku, baby Aleesya dan anak-anak, suami serta semua ahli keluargaku seribu kebahagiaan dan ketenangan dalam melayari hidup seterusnya. Doaku agar Aleesya dapat membesar dengan baik dan sempurna di tanganku sendiri dan semoga Aleesya dan semua anak-anakku bakal  menjadi anak yang soleh dan solehah, InsyaAllah.  Betapa besar dan mahalnya nilai harga seorang anak di Rusia ini telah dibuktikan dengan kelahiran Aleesya.  Pesanan ringkas dariku buatmu Aleesya (bila besar kelak) dan semua anak-anakku khasnya puteri-puteriku, jadikanlah diri kalian sebutir permata yang bernilai yang xmampu dibeli dengan wang ringgit oleh sesiapapun jua. Taatilah Allah dan Rasul  serta ibubapa kalian demi kesejahteraan hidup kalian dunia dan akhirat nanti.  Janganlah sia-siakan harapan kami untuk melihat kalian menjadi orang yang berguna dan hamba Allah yang mentaati perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.  Semoga kebahagiaan menanti kita sekeluarga di JANNAHNYA.... insyaAllah!  Serba sedikit coretanku buat pembaca dan anak-anakku serta keluargaku sekalian.  Semoga dapat menjadi panduan dan tambahan ilmu serta pengalaman yang tidak mudah diperolehi jika tidak dicoretkan di sini.




Monday 21 May 2012

INFO BAIK DAN BERGUNA UNTUK SEMUA!

CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00 
 
Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!


selamat mencuba,



                


               10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK!


Hargailah kasih sayang ibu...........
Sekadar perkongsian:

Manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?

Balik rumah nanti, bila jumpa ibu/isteri, kucup dahi mereka dan katakan "Saya sayang ibu/awak kerana Allah..." Boleh?



7 Rahsia Tidak Lupa Apa Yang Cikgu Ajar Dalam Kelas. Buat adik-adik pelajar, boleh 'Share'kan maklumat ini dengan kawan-kawan lain ya. :-)

SELAMAT MEMBACA DAN MEMAHAMI .  SEMOGA BERJAYA!


Cara Mengurangkan Lemak dan Kolestrol


Cara Mengurangkan Lemak dan Kolestrol


Pilihan Makanan

- Kurangkan makanan bergoreng , coklat, kek dan biskut.

- Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.

- Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) rendah lemak.

- Pilih makanan kekacang dan daging berikut Ayam, ikan, kacang soya

- Kurangkan pengambilan jenis-jenis kekerang, udang dan organ-organ dalaman.

- Kurangkan memakan kuning telur dan telur ikan.

- Gunakan minyak sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa) 


Penyediaan Makanan

- Buang kulit dan lemak yang ternampak pada ayam dan daging sebelum dimasak.

- Bakar, kukus atau rebus makanan. 

- Kurangkan minyak semasa memasak.

- Gantikan santan dengan susu kurang lemak semasa penyediaan makanan.


Read more /: http://petuaseharian.blogspot.com/2011/09/cara-mengurangkan-lemak-dan-kolestrol.html#ixzz1tt18PflI

SAYANGI NYAWA KITA!


~~~ AL-FATIHAH~buat peringatan pengguna2 'Highway' ~~
Cerita dpd seorg kawan c99limited.com (Sall Bj bru dpt email ni)

Lebih kurang pukul 6 petang 6/5/12, aku masuk hiway Plus dari Kuantan nak ke KL. Aku maintain 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tgk Inspira makin dkt dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dh jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absorber standard, rim & tayar pn standard kilang.
Memandangkn speed dh 200km/j then aku follow je dlm jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy, pasal inspira tu rajin hibeam halau kereta ktepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time corner jln tk rata aku nampak inspira tu body dh goyang tpi dia ttap maintain speed. Ada juga tdetik nk ptg dia tpi mandangkn aku plan nk crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia. 
Tetiba kat depan ada Mitsubishi Lancer 2.0, lane kanan dlm kelajuan 140km/j. Lancer tu tk nk ktepi tpi terus tekan minyak & inspira terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg blainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lancer.
Aku pn ikut je la dari belakang utk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Klu ikut darah pahlawan time ni sedap ptg kedua2 tu tpi angin tgh baik lagipn lately tk tau la aku mcm gerun sikit nk rembat kaw2, hmmmm mungkin ada hikmah tu. So aku ikut je dari belakang.
Dlm 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pula sbuah bas di blkang antara bbrapa buah kereta yg bawa pd kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lancer dgn rapat & aku makin menjarakkan sikit demi keselamatn. Ttiba aku nampak inspira, lancer, bas & bbrapa kereta kat depan mcm kacau bilau. Terus nampak lancer melanggar pagar kiri hiway & melintas depan keta aku lalu langgar pagar knan pula & melompat sambil bpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sbelah menghala ke Terengganu.
Sewaktu Lancer tu diudara sbuah kereta dlaluan sbelah betul2 berada dibwh lancer. Nasib kereta tu memang baik, tpi bila lancer dah thempas klaluan sbelah, ada sbuah kereta lain tlanggar serpihan lancer lalu tbabas & langgar pagar. 
Kereta Inspira tu aku perasan slow skejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku perlahankn kereta utk berenti aku perasan penumpang lancer yg dduk depan dh kaku. Sebaik je aku berenti aku terus blari ke lancer tu utk membantu. Aku antara org terawal sampai & masa aku tgh melintas pagar kat tgh hiway utk klaluan sbelah ada sorg brother yg blari lebih awal bagi tau ada baby kat tgh jln. Ya Allah!! menggigil kepala lutut aku & rasa sebak cam nk nangis nampak baby yg aku rasa baru bbrapa bln tcampak kluar & ada dtengah2 jln. Aku terus jerit brother tu suruh angkat baby yg tgh menangis tu. Brother tu mcm panik tpi aku jerit suruh dia angkat.
Syukur kereta dlaluan itu semua berenti. Aku pergi kat lancer tu & ada org suruh mangsa mengucap. Bila aku tgk kedua penumpang dh diam. Aku nampak penumpang depan perempuan, masih ada seatbelt & airbag dh kempis. Kepala penumpang dh tunduk kdpn tpi aku yakin tengkok patah sbb nampak tulang tengkok mcm nk tkeluar. Dia dh tk bnyawa. Aku periksa pemandu lelaki, masih pakai seatbelt & airbag dh kempis. Pemandu itu pn tlentok kaku. Ada kesan lebam dleher. Aku yakin dia pn dh tk bnyawa. 
Aku terus pesan pd dua tiga org yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dh tk bnyawa. Apa2 hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas & aku pn bersihkn serpihan lancer tu utk buka jln. Aku tnampak bbrapa document peribadi mangsa atas jln terus aku kutip kumpulkn satu tempat. 
Aku periksa baby tu, dahi dia luka. Nampak isi warna putih & bdarah. Aku terus kumpulkan beg2 yg tcampak keluar & utk cari beg baby lalu aku kumpulkn stempat. Alhamdulilah ada sorg pakcik & anak perempuan dia dtg bantu pegangkn baby itu. Aku keluarkan tuala dari beg baby utk ttup kepala dia. Aku cari susu tpi dh takde dlm beg. Aku selongkar beg mangsa utk cek document yg mungkin blh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tpi semuanya cuma document peribadi mangsa & takde no ahli keluarga mangsa.
Dlm masa 20 minit lepas kejadian ttiba ada pakcik tu ambil phone mangsa & call ahli keluarga mangsa. Rupanya ada ahli keluarga mangsa convoi bsama mangsa hampir sampai ktempat kejadian. Bila ahli keluarga mangsa sampai terus kita suruh ambil baby dulu & hantar khospital. 
Aku rasa mcm nk ambil gambar mangsa tpi tk sampai hati. So aku ambil gambar kereta mangsa sja dari depan. Pastu dlm bbrapa minit polis, bomba, ambulan pn sampai. 
Aku kat tempat kejadian dlm sejam & berulang2 kali aku tpaksa cerita dari awal hingga akhir. Sempat juga aku cerita pd ahli keluarga mangsa yg dtg ambil baby tu.
Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata accident 200km/j. Dlm masa bbrapa saat, 2 nyawa melayang, baby tpelanting keluar kereta & baby yg tk tau apa2 khilangan ibubapa selamanya.
Aku teruskan perjlnan ke KL dgn kelajuan yg tk sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah trauma & ketakutan. Dlm kereta sunyi sepi tk bborak, radio pn tk on. Sampai tol gombak bru aku buka radio & cuba bcakap dgn wife aku utk tenangkn dia.

Lancer crash at 200km/j. Dari laluan Kuantan-KL tpelanting klaluan sbelah (KL-Kuantan) minyak engine + coolen mengalir keluar
2 photo ni je aku ambil. Aku tk sampai hati nk ambil gambar mangsa.








PANDUAN KEHAMILAN


Doa Amalan Untuk Ibu Hamil... :)

Surah Bacaan Ketika Mengandung ;

Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim)

Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung ;

Mengamalkan solat wajib dan sunat

Mengamalkan zikir

Membaca al-Quran

Mendengar muzik yang tenang

Membaca buku-buku ilmiah

Berbual dengan anak dalam kandungan

Menjaga adab dan emosi

Tidak tertekan atau stress

Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan

Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)

Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya

Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar


IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR ;

Negatif
Ibu bapa sering bergaduh => Anak menjadi ganas dan panas baran

Positif
Ibu bapa sering bersedekah => Hati anak lembut

Negatif
Ibu mengidam benda pelik => Petanda tidak baik terhadap sikap anak

Positif
Ibu tidak meninggalkan solat => Anak mudah mendapat hidayah

Negatif
Ibu bermain kayu tiga => Anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat

Positif
Ibu sering membaca al-Quran => Dapat anak yang bijak

Positif
Ibu mengawal emosi => Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan

http://neutralman.blogspot.com/



AN-Nakbah


NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. 

Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. 

Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Insya Allah. Untuk peringatan bersama. Sama sama kita doakan semoga Allah melindungi saudara2 semuslim kita di Palestin dan di seluruh dunia. Takbir!


bulan rejab


Alhamdulillah Selasa -220512- sudah 1 Rejab 1433 & kita masih lagi diberi peluang untuk melakukan ibadah di bulan ini. Jangan lepaskannya ツ.

♥ Bulan Rejab = bulan pengampunan.

Antara amalan² yang dianjurkan;

◆ Puasa.
- Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua.

- Boleh puasa pada Isnin Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 3, 4 & 5hb Jun.

* 13, 14 & 15 dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ia hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam. Yang penting --> puasa ツ.

◆ Istighfar.
- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan".

✉ ••► Penghulu istighfar;

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

✿ Kelebihannya: Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.

✉ ••► Atau boleh juga amalkan istighfar ini;

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.

* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus).

◆ Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari.

◆ Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain² amalan soleh.

♥ Alhamdulillah atas ni'mat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita. Dengan 2 ni'mat itulah, amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala.

♥ Sudah hampir BULAN PESTA IBADAH -RAMADHAN-. Semoga sempat bersua dengannya, amin.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Thursday 17 May 2012

Meninggalkan Sembahyang Punca Kejahatan 1 - 6 - Ustaz Kazim Elias

Salam sahabat semua.  Di sini saya paparkan 6 siri video ceramah Ustaz Kazim Elias mengenai solat.  'Meninggalkan Sembahyang Punca Kejahatan', adalah tajuk video-video ini yang saya copy dari You Tube. Semoga apa yang kita dengar ini akan dapat memberi pemahaman yang lebih jelas lagi kepada kita mengenai keistimewaan sembahyang/solat.  Sesungguhnya sembahyang itu tiang agama.  

Huraian tentang fadilat dan pengertian solat. Sepatutnya apa yg kita lafazkan dalam solat, ia patut diikuti dengan perbuatan kita diluar solat. Cth: Org kita terkenal dgn budi bahasa, tetapi apabila mendapat stereng kereta, karektornya berbeza...

Huraian Kitab Al-Miunul Mubin siri ke-17 terbitan Aliassalam.

Layari www.kuliyah.ws untuk melanggan koleksi Ustaz Kazim yang original.

Wednesday 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU!




Terima kasih guru
yang mengajarku dulu
membawaku ke ladang-ladang ilmu
dengan sabar tak kenal jemu
kini kupetik buah kejayaan itu
dari pohon jasa seharum narwastu.

Terima kasih guru budiman
yang merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntung
kesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman.                                                                  

Terima kasih guru jauhari
yang membugar perkebunan budi
lembut menyiram akal pekerti
tekun menyemai mulia peribadi
jasa baktimu terhampar pasti
moga Tuhan sentiasa memberkati.

Terima kasih guru tercinta
menyahut cabaran semangat perkasa
memperkukuh iltizam membina bangsa
gelanggang pendidikan diri diperhamba
modal insan dijana dipelihara
melahirkan pemimpin memacu negara.

Selamat Hari Guru




Tuesday 15 May 2012

Biar Rupa Buruk Tapi Jangan Buruk Sangka


Biar Rupa Buruk Tapi Jangan Buruk Sangka

"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan; akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya barangsiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri. " (Hadith ini adalah riwayat Abu Daud)

"Barangsiapa yang mendengar saudaranya diumpat namun dia tidak membelanya padahal dia mampu maka dia ikut menanggung dosa umpatan itu di dunia dan di akhirat. (Hadith Asfahani) "Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan Allah Subhanahu Wata'ala.
Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya (Allah). " (Hadith riwayat Abu Daud) "Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya itu tidak ada di hadapannya maka wajiblah Allah melepaskannya dari siksa neraka. " (Hadith riwayat Ahmad) Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya.

Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim No.4677) Nabi bersabda, "Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim maka Allah menutupi kesalahannya di dunia dan di akhirat. (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078)

TINGGALKAN GOSSIP DAN MENGUMPAT JUGA SATU PERKARA UNTUK KITA ISTIQAMAH TINGGALKAN !


"Apa itu TITIAN SIRAT ????!"


JOM LUANGKAN MASA UNTUK ISLAM TAK SAMPAI 5MINIT PUN :)

"Apa itu TITIAN SIRAT ????!"

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)

Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari

|Fudhal bin iyadh brkata prjalanan di sirat memakn mase 15000 tahun. 5000 tahun menaik,5000 tahun mndatar dn 5000 tahun manaik,ada makhluk yg melitasinya sprt kilat,sprti ANGIN, menunggang binatang korban dn brjaln kaki. ade yg tdk dpt memelpsinya dsebabkn api nrka sntiase mnrik kaki mrka, lalu mrka JATUH ke dlmnya|

Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”

(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid

Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat:

1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.



SUMBER: Sha Ridhuan

SILA TAG DAN SEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN

P/S: Sesungguhnya malaikat tidak pula rehat dan sentiasa menulis pahala setiap perbuatan mulia kita

.::: KEMATIAN YANG DICEMBURUI :::.


.::: KEMATIAN YANG DICEMBURUI :::.

KISAH ALLAHYARHAM HUZAIFAH (I)

Laporan ini disampaikan oleh beberapa rakan seusaha yang turut bersama menguruskan jenazah allahyarham Muhammad Huzaifah, 21. Arwah merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Jemaah 40 hari daripada Terengganu ini telah diputuskan di Masjid Jamek Bandar Sri Petaling untuk buat usaha dakwah & tabligh di Sandakan, Sabah. Jemaah seramai 10 orang terdiri 5 orang awam dan lima lagi lagi pelajar UMT, selamat tiba di lapangan terbang Sandakan pada hari Rabu malam Khamis, 28hb April 2010. Jemaah kemudian dihantar ke Masjid Pangeran Hj. Galpam, Batu 7 buat sementara waktu yang juga merupakan marhalah seorang daripada syura Sandakan, Hj. Mohd Zain.

Pada pagi hari Jumaat bersamaan 30hb April 2010, jemaah telah berangkat ke daerah Pamol, kawasan perladangan Kelapa Sawit terancang yang jauh jarak perjalanannya daripada bandar Sandakan sekitar dalam 150 km. Di daerah ini ada 13 buah kampung. Kebiasaannya jemaah 40 hari yang bergerak di Sandakan akan buat usaha sama ada di kawasan bandar, kepulauan-kepulauan sekitar, daerah-daerah kecil dan kawasan pedalaman mengikut keputusan yang telah dimesyuaratkan bersama oleh syura tempatan atas kesediaan jemaah. Memandangkan jemaah telah diputuskan ke daerah ini, kemungkinan besar juga jemaah ini akan buat usaha dakwah & tabligh di daerah berdekatan iaitu Telupid. Di daerah ini berlaku kes murtad dan beberapa rombongan jemaah daripada Semenanjung telah dihantar ke sana termasuklah jemaah daripada Batu Pahat pada akhir tahun lepas.

.: Detik-detik kematian Allahyarham :.

Rakan arwah, Fadhil, yang turut bersama jemaah ini telah ditanya oleh Datuk Hj. Abdul Rahman di Masjid Pangeran Hj. Galpam berkenaan kejadian yang menimpa arwah. Dia menceritakan pada pagi Selasa 4hb Mei 2010, arwah diberi tanggungjawab untuk memberi bayan selepas solat fardhu subuh berjemaah. Kemudian kesemua mereka bermesyuarat untuk mengagih-agihkan tugasan pada hari itu. Setelah mesyuarat dan beberapa waktu ketika, mereka (pelajar) seramai 5 orang pergi ke sungai berhampiran untuk mandi kerana simpanan air di surau amat terhad untuk kegunaan wudhu dan lainnya. Pada waktu awal pagi itu yang masih berembun (suasana pedalaman), mereka kesemuanya turun ke tebing sungai yang mana ketinggian paras air di tebing sungai itu sahaja pun sudah separas dada. Mereka termasuk arwah cuba berenang menyeberangi sungai ke tebing bersebelahan. Setelah hampir di pertengahan, mereka memutuskan untuk kembali semula ke tebing kerana sungai itu amat dalam. Arwah tertinggal di belakang dan lemas tenggelam. Rakan mereka menyangkakan arwah bergurau kerana kali terakhir mereka melihat sebelum arwah tenggelam, dia masih kelihatan tersenyum seolah tiada apa-apa yang berlaku. Setelah dua minit berlalu, barulah mereka risau kerana tidak melihat arwah. Pada pagi itu juga, ada beberapa pelajar sekolah menengah yang berjalan kaki berhampiran sungai untuk ke sekolah. Dengan kehendak dan kerahiman Allah SWT, pelajar-pelajar sekolah ini membantu rakan jemaah mengeluarkan arwah daripada dasar sungai. Dalam usaha menyelamatkan arwah dengan menekan pada dadanya, air berserta lumpur keluar daripada mulut arwah dan tidak dapat diselamatkan lagi. انّا للہ و انّا الیہ راجعون

Jemaah telah pergi ke balai polis berdekatan dan melaporkan kejadian ini. Akhirnya, pegawai polis yang telah diberi tanggungjawab, menghantar jenazah ke Hospital Duchess of Kent di bandar Sandakan dengan menaiki jeep untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan daripada pihak hospital. Dua orang daripada jemaah ikut serta, seorang rakan seusaha tempatan yang nusrah jemaah ini dan seorang lagi rakan arwah, Fadhil. Hj. Darwis yang juga merupakan syura Sandakan dan seorang doktor di hospital tersebut, mendapat perkhabaran ini dan kemudiannya menyebarkan berita ini kepada rakan seusaha yang lain. Hari selasa malam rabu merupakan malam mesyuarat mingguan usaha dakwah & tabligh di Sandakan. Takaza ini dibentangkan dalam mesyuarat supaya pengurusan jenazah arwah dilakukan dengan kadar segera dan dihantar ke pangkuan keluarganya di Sabak Bernam, Selangor. Tugasan telah diagih-agihkankan kepada rakan seusaha yang bersedia menyambut tazaka ini, daripada hal pengurusan jenazah di bilik mayat hospital termasuklah mengkafan dan menyembahyang arwah sehinggalah pengurusan kargo di lapangan terbang Sandakan.

.: Rabu, 5hb Mei 2010 :.

Selepas solat subuh berjemaah, rakan seusaha yang telah diberi tanggungjawab, pergi ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent. Semasa arwah dikeluarkan daripada peti sejuk mayat, beberapa rakan seusaha mengangkat arwah. Seorang daripada mereka menceritakan, jenazah arwah sangat ringan dan lembut tidak kaku seperti orang yang masih hidup. Wajah dan tubuh arwah kelihatan berpeluh, seperti baru sahaja mandi. Tubuh arwah masih dalam kemerah-kemerahan. Arwah dimandi dan dikafankan, kemudian disembahyangkan oleh rakan seusaha yang ramainya dalam sekitar 30 orang di tempat khas. Jenazah juga disembahyangkan oleh beberapa rakan seusaha yg lain selepas itu. Hj. Lakariba (syura Sandakan) tidak menahan esak tangis semasa menyembahygkan jenazah. Sementara menunggu pegawai kementerian kesihatan pada pagi itu, Hj. Lakariba membuka semula kafan arwah dan melihat wajahnya, sekali lagi Hj. Lakariba menangis. Rakan seusaha yang lain mengatakan, wajah arwah tenang dan tampak keputihan seperti diletakkan cairan lilin pada permukaan wajahnya. سُبْحَانَ اللّهِ

Pada pukul 9 pagi, pegawai daripada Kementerian Kesihatan datang dan menguruskan jenazah. Pemeriksaan pada tubuh arwah dilakukan, keranda dipakukan pada empat penjuru, dibungkus dengan canvas dan diberi cop/seal sebagai tanda sudah diberi pengesahan. Lebih kurang sejam selepas itu, barulah jenazah dihantar ke lapangan terbang Sandakan. Fadhil rakan pelajar arwah yang turut keluar 40 hari bersama arwah, menaiki kapal terbang ke KLIA menghantar jenazah arwah. Diberitakan oleh rakan seusaha, pengurusan jenazah teratur dan lancar/dimudahkan oleh Allah. Semasa menghantar jenazah arwah, tiada lampu isyarat merah melambatkan perjalanan. Allahyarham kembali ke rahmatullah pada waktu pagi, keesokan paginya juga jenazah dapat dihantar ke Semenanjung.

Sedikit laporan daripada Faiez Yemeny di FB, group Umat akhir Zaman, beliau mengatakan bahawa allahyarham masih menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), arwah seorang yang amat peramah, sentiasa tersenyum, fikirman dan karkun lama dikalangan pelajar. Walaupun sudah dua hari berlalu, darah di hidung dan mulutnya masih lagi mengalir, muka tenang dan jernih.

Sebelum arwah berangkat bersama jemaah ke Pamol, arwah sempat memberi sepucuk surat kepada Cikgu Juswan (rakan seusaha Masjid Pangeran Hj.Galpam) untuk dihantar kepada keluarganya di Sabak Bernam. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala Syahid kepada arwah, diberi ganjaran SyurgaNya tanpa Hisab, diberi kesabaran kepada ayah bondanya dan mempertemukan kita dan beliau di Syurga Firdaus bersama dengan para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin. Amin Ya Rabbal Alamin.

-----------------------------------------------------------

KISAH ALLAHYARHAM HUZAIFAH (II)

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahajasolat Asar berakhir.Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat.

Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakandia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketikamenunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar.

Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.

Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan denganberkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.

Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuranpengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semesterpanjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...