Saturday 14 April 2012

URUTAN KETIKA HAMIL


URUTAN KETIKA HAMIL

Rawatan urutan memberikan faedah kepada wanita hamil. Namun begitu ramai doktor yang agak berat memberikan galakan pada wanita hamil untuk berurut kerana rawatan ini bukan saja mendatangkan manfaat, tetapi juga boleh mendatangkan mudharat bergantung kepada cara dan latihan yang ada pada sipengurut.

Tidak semua pengurut mahir dalam bidang yang mereka lakukan. Ada di antara mereka yang langsung tidak ada pengetahuan dan berlagak seolah-olah tahu. Ada pula yang mengurut hanya berdasarkan pengetahuan. Sudah tentu ini akan membahayakan ibu dan bayi dalam rahem.

Urutan tidak digalakkan di awal kehamilan, iaitu apabila usia kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia boleh mendatangkan risiko keguguran. Lagi pun tidak banyak manfaat diperolehi untuk mereka berurut.

Urutan yang baik dapat merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah dan cairan limfatik. Apabila otot dan darah tidak beredar lancar dalam darah, ini boleh menyebabkan pembentukan darah beku pada otot peha dan betis.

Oleh itu, pengurut yang baik tidak akan mengurut terlalu kuat di bahagian otot peha dan betis, bimbang akan darah beku yang telah pun terbentuk di situ akan tertanggal (dislodge) dan memasuki saluran darah. Serpihan darah beku ini akan membentuk thrombus dan boleh menyebabkan stroke.

Selain itu, urutan hanya dibenarkan di bahagian tubuh yang lain kecuali abdomen. Namun ada juga pengurut yang melakukan urutan di bahagian ini, tetapi saya menasihatkan agar urutan pada abdomen walaupun ringan tetapi lebih baik ditinggalkan. Ini kerana urutan pada abdomen boleh merangsangkan rahem untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.

Urutan pada wanita hamil boleh digunakan pelbagai teknik. Urutan ini haruslah urutan yang bersifat ringan walaupun menekan ke dalam otot menggunakan teknik ‘deep-tissue massage’.

Kesalahan yang dilakukan oleh pengurut yang tidak bertauliah ialah mereka menggunakan hujung kuku untuk menekan ke dalam otot menyebabkan rasa sakit dan meninggalkan bekas pada badan. Cara ini tidak memberikan manfaat. Malah mendatangkan kemudharatan.

Selain itu pengurut harus berhati-hati ketika mengurut wanita hamil kerana terdapat bahagian-bahagian yang sensitif yang harus dielakkan ketika mengurut.

Selain abdomen, bahagian yang sensitif ialah bahagian pergelangan kaki (ankle) dan pergelangan tangan (wrist). Urutan di bahagian ini akan merangsangkan otot-otot pada bahagian abdomen dan pelvik terutama otot rahem untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.

Oleh itu jika mengalami rasa sakit di bahagian abdomen ketika sedang berurut seolah-olah mahu melahirkan (Braxton-Hicks contraction) haruslah segera memberitahu pengurut agar urutan dapat dihentikan dan segera berkonsultasi dengan doktor yang merawat.


Wallahu a'lam

SUMBER : http://drzubaidi.com/blog

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...