Thursday 29 March 2012

MY NEW LITTLE SUNSHINE! part 1

10 jam setelah dilahirkan
As Salam sahabat semua.  Kali ini saya ada berita gembira untuk dikongsi bersama.  5 hari lebih awal daripada tarikh jangkaan...akhirnya tepat jam 4.28 pagi waktu Moscow bersamaan jam 8.28 pagi waktu Malaysia tarikh 13.03.2012  telah mencatat sejarah bagi keluargaku .   Sebenarnya tarikh ini juga iaitu setahun yang lalu 13.03.2011, juga adalah tarikh bersejarah bagi kami sekeluarga kerana keberangkatan kami ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah.  Kini, Aku telah selamat melahirkan seorang lagi puteri buat penyeri rumahtangga kami. Alhamdulillah, kelahirannya secara normal tanpa guntingan dan jahitan 'Episotomy' walaupun seberat 3.605kg, adalah amat mengkagumkanku dan orang-orang disekelilingku.  Ini juga adalah sebagai salah satu bukti kekuasaan Allah terhadap hambaNya. SubhanAllah!
     Berbalik kepada sejarah permulaan kesakitanku sebelum dan menjelang bersalin adalah sebagai berikut.  Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan teman pembaca semua kerana ia agak unik dan mengkagumkan bagi pihak diri saya berbanding dengan pengalaman2 saya bersalin sebelum ini (dah 6 kali). Sama ada dari segi jenis kesakitan, lokasi/situasi/reaksi mengandung/melahirkan serta prosedur rawatan dan pemeriksaan setempat. Segala-galanya berbeza berbanding keadaan dan situasi di negara sendiri. Ketegasan Doktor dan ketatnya peraturan mereka memang di tahap maksimum.  Namun segalanya ada hikmah disebaliknya.
     Segala-galanya bermula pada senja hari Isnin 12.03.2012 selepas waktu Maghrib.  Aku merasa sakit dada (lebih tepat kalau dikatakan jantungku berdenyut kencang sehingga menimbulkan rasa sakit pada dada kiriku).  Semakin lama semakin sakit diikuti dengan sakit kepala yang juga semakin lama semakin sakit.  Aku cuba buat urutan, periksa tekanan (BP) darah namun kesakitan tersebut tidak juga hilang.  Malah aku semakin runsing kerana BP aku normal tetapi bacaan 'pulse' aku terlalu tinggi iaitu antara 96-98.  Ini membuatkan aku semakin risau dan mula berfikir dan berkata dalam hati "Aku ni sakit nak mati ke atau sakit nak beranak". Namun begitu, aku cuba tenteramkan sendiri keadaan ini dengan bawa mengaji dan membaca ayat-ayat dan doa untuk mudah bersalin.  Aku juga melakukan teknik tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan berulangkali.  Namun sakit dada dan sakit kepalaku tidak juga hilang malah semakin sakit ku rasakan.  Akhirnya aku cuba menelefon Enal dan Mete (antara student medic Thn akhir M1 yg rapat denganku) untuk menanyakan tentang hal ini. namun mereka gagal dihubungi.
     Seterusnya aku cuba telefon Winda (student medic thn akhir M2).  Alhamdulillah Winda ada ditalian.  Beliau juga agak cemas bila mendengarcerita dan penjelasanku tentang keadaan yang kualami ini.  Beliau juga tidak berapa pasti lalu berjanji akan menefonku semula setelah beliau menanyakan hal berkenaan dengan kakak beliau yang juga seorang doktor di Dublin.  Sementara itu, aku berwudhu' kembali untuk menunaikan solat Isyak.  Setelah beberapa minit Winda berada ditalian semula dan menasihatkanku agar berjumpa doktor andai selepas beberapa ketika keadaan itu masih berterusan.  Akhirnya aku mengajak suamiku untuk segera ke hospital kerana aku merasa sungguh tidak selesa dengan keadaanku ini.  Aku berdoa semoga Allah selamatkan aku dan bayiku dalam perutku ini dan permudahkan segala urusanku seterusnya.   


* Bersambung...............di part 2

1 comment:

  1. Alhamdulillah..tahniah kak.comel sangat baby akak ni.terigin nak jumpa akak tapi mr.hubby mcm bz keja jer.semoga anak akak sihat dan membesar menjadi anak yg solehah..InsyaAllah. Saya tumpang gembira jer la kak sebab belum ada rezeki kami lagi..harap adalah juga satu hari nanti kan:)

    ReplyDelete

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...