Thursday 29 March 2012

MINGGU YANG MEMENATKAN! Bhgn 2

Setelah selesai pemeriksaan pada hari Sabtu 25.02.2012...maka temujanji seterusnya dibuat pada hari Isnin 27.02.2012 jam 9.30pagi. As usual.....wake up early morning to prepare breakfast n pack lunch for hubby n kids.  Pastu bersiap2 untuk pergerakan seterusnya.  Tepat jam 7.50 pagi keluar dari rumah dan terus hantar anak-anak ke sekolah rendah dahulu.... BISM School 9. Seterusnya ke sekolah menengah BISM School 3.  Akhir sekali kami terus menuju ke Research Centre Oparina 4.
     Setelah bertanya di kaunter...maka seterusnya pembayaran di buat dikaunter pembayaran.  Kali ini adalah pemeriksaan pelbagai jenis darah dan 'flora smear'.  Lebih kurang ada 9 jenis ujian/tests untuk darah telah diarahkan iaitu:
1.  group,Rh factor,blood phenotype*
2.  RW,HIV,hepatitis*
3.  complete blood tests*
4.  hemostasiogram*
5.  biochemical analysis of blood*
6. harvesting autoplasma - blood tranfusion department#
7. ultrasound
8. CTG
9. Smear on the flora
     Setelah itu, kami terus menuju ke bilik 2042 untuk pemeriksaan pap smear.  Proses menunggu yang agak lama membuatkan aku rasa nak ke tandas.  Lebih kurang 50 minit kemudian tibalah giliranku untuk di periksa. Hanya lebih kurang 5 minit, pemeriksaan pun selesai dijalankan.  Seterusnya kami menuju ke makmal di tingkat 1.  Memang ramai orang yang beratur untuk ke makmal darah tersebut.  Aku bernasib baik kerana baru masuk barisan untuk beratur, telah ditanya dan dipanggil oleh jurumakmal.  Lebih kurang 6 tabung kecil darahku diambil untuk pemeriksaan no. 1 - 5 * di atas. Lega rasanya urusan untuk hari tersebut telah selesai. Seterusnya temujanji diatur untuk mengambil keputusan pemeriksaan pada esok hari dan melakukan pemeriksaan no.6# (harvesting autoplasma).
     Pada 28.02.2012 sekali lagi rutin semalam berulang.  Tapi temujanji pada hari ini adalah jam 11.00 pagi (waktu yang doktor beri).   Kami tiba di hospital agak awal dari masa temujanji iaitu jam 10.00 pagi.  Sementara menunggu doktor,kami pun makan di ruang menunggu.  Tepat jam 11.10 pagi aku dipanggil untuk masuk ke satu bilik.  Sebelum itu doktor menyuruhku ke tandas untuk buang apa yang patut.  Tepat jam 11.20 pagi aku mula dimasukkan drip air dalam 500ml.  Setelah itu ditempat drip air masuk, tiub untuk darah mula disambung ke mesin dan berlakulah proses 'harvesting autoplasma'.  Lebih 40 minit juga lamanya proses ini dijalankan.  setelah selesai aku dimasukkan semula 1 botol air drip seperti mula-mula tadi.  Hasil dari mesin itu aku lihat terkumpullah cecair berwarna kekuningan (yang dipanggil autoplasma darah) sebanyak 300ml.  Tepat jam 1.30 tgh hari, maka selesailah proses tadi. Lebih 10 minit kemudian, aku dibenarkan keluar dan balik.  Seterusnya doktor mengarahkanku untuk membuat pembayaran di kanter bayaran tingkat 2. Akhirnya untuk hari itu,kami dipanggil oleh doktor berkenaan untuk sesi penerangan dan penjelasan tentang keputusan ujian darah dan pap smear yang telah dibuat kelmarin.
     Pada keesokan harinya, masih ada satu lagi temujanji dengan Dr Baev Oleg pada jam 3.00 ptg.  Rutin hari Isnin dan Selasa sekali lagi berulang pada hari ini Rabu 29.02.2012, cuma masanya yang berbeza.  Kali ini setelah menghantar anak-anak ke sekolah, kami terus menuju ke pejabat suamiku.  Tepat jam 1.30 tgh hari, kami pun bergerak menuju ke Hospital dengan membawa bersama kerani KAT pejabat suamiku iaitu Vlada. Kali ini temujanji dan 'sign contract' untuk bersalin akan diuruskan.  Kami menuju ke bilik 2039 iaitu pejabat untuk 'sign contract'.  Setelah itu, kami bertemu dgn Dr Baev.  Pemeriksaan dilakukan dan beberapa perkara berkenaan keadaan kandungan, masa jangkaan bersalin dsbnya dimaklumkan.  Kami juga maklumkan kpd Dr berkenaan yang kami akan ambil beliau sbg Dr. personal untuk  proses kelahiran nanti.  Beliau meramal@ menjangkakan bahawa kemungkinan babyku ini besar dan maybe akan keluar pada 23.03 nanti. Tentang keputusan pemeriksaan 'darah' alhamdulillah baik cuma hasil pemeriksaan 'pap smear' menunjukkan bahawa ada sedikit jangkitan.  Jadi beliau mengesyorkan agar aku mengambil ubat sub( TERZINAN) untuk 10 hari.  Akhir sekali kami membuat pembayaran di kaunter bayaran untuk bayaran 'sign contract' bersalin sepenuhnya iaitu sebanyak Rb166,160.00 (lebih kurang RM17K)  Setelah itu, maka Dr Baev mengarahkan andai pada 14.03 aku masih belum bersalin lagi, satu lagi siri pertemuan diatur pada jam 3.00 petang untuk pemeriksaan seterusnya sehingga bersalin. Dalam hati aku berdoa agar aku bakal bersalin pada atau sebelum tarikh itu. InsyaAllah.
Gambar Hiasan
Maka tamatlah sudah siri minggu yang memenatkan bagi diriku, suami dan anak-anak kami kerana setiap hari selama 3 hari berturut-turut aku harus keluar dan bertamu di hospital.  Walaupun mereka menggunakan Bahasa Rusia sepenuhnya, namun kami bersyukur kerana berjaya juga menguruskan semua urusan dan pemeriksaan dengan baik setakat ini.  Semoga Allah akan permudahkan juga segala urusan kami seterusnya nanti.  Syukur alhamdulillah!
* Entry ini lambat dipost kerana terlalu banyak urusan dan lagi belum siap sepenuhnya....

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...