Sunday 5 February 2012

Salam Maulidul Rasul 1433H/2012M

Salam sahabat semua.  Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabat baginda.  Sempena ulangtahun hari kelahiran Rasulullah ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda s.a.w. disamping menghayati sirah pengorbanan dan kesungguhan beliau dalam berjuang dan menegakkan agama ISLAM sebagai AD-DIN. Sebagaimana Firman Allah Taala:
 
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا 

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan sentiasa mengingati Allah sebanyak-banyaknya....(surah Al-ahzab Ayat 21)




Akhirnya marilah kita dengarkan dan hayati Rakaman khutbah 3hb Febuari 2012 yang menyentuh kehidupan yang meniru sedikit demi sedikit cara Yahudi dan Nasrani yang dibenci Rasulullah saw. 

Semoga apa yang dipaparkan dalam entry ini dpat menjadi panduan dan teladan buat kita semua dalam menghayati betapa besarnya erti Sambuatan Maulidul Rasul Muhammad s.a.w. ini.   Disamping penghayatan sirah dan pengorbanan baginda s.a.w dalam perjuangan menegakkan ISLAM agama suci yang diredhai Allah
ini, kita hendaklah sedar bahawa adalah tugas kita sebagai umat baginda adalah untuk meneruskan perjuangan baginda selagi hayat dikandung badan.  InsyaAllah.
dalam segala aspek kehidupan.

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...