Friday 10 February 2012

Berita terkini tentang diriku....

Salam sahabat semua.  Alhamdulillah...syukur kehadhrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya kita masih lagi meneruskan perjuangan sebagai hambaNya di bumi bertuah ini.  Sebenarnya arini saya ingin berkongsi serba sedikit perkembangan terbaru tentang diriku ini.  Setelah menjalani 'ultra-sound' semalam, alhamdulillah perkembangan amat baik tentang bayi dalam perutku yang berusia hampir 35 minggu.  Beratnya telah menjangkau 3kg dan semakin lasak dan aktif.
Maklumlah kan, mengandung di usia 40-an ini terlalu banyak risikonya, namun segala-galaNya kuserahkan kepadaNya yang Maha Kuasa. Kaki dah mula membengkak dan pergerakanku juga sudah mula terbatas kerana selalu keletihan.  Namun begitu demi tanggungjawab seharian kepada suami dan anak2 serta kepada Allah s.w.t, aku gagahkan jua diri ini untuk terus menjalankan rutin harian sengan sebaik mungkin. Doaku jua semoga anak yang kukandung ini akan sihat, sempurna dan selamat kulahirkan bila sampai masanya kelak.
Berikut ini aku sertakan sedikit panduan dan doa serta amalan semasa mengandung untuk dijadikan panduan dan ikutan (itupun kalau perlu) semasa kita mengandung.  InsyaAllah .....

Doa dan amalan semasa mengandung
Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa 
mengandung, antaranya:
§                    Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
§                    Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
§                    Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan
                                                maksiat
§                    Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
§                    Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu dan sebagainya
§                    Surah Taha 

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, 
dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain 
penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah 
atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di
 dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia
 dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna 
berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah 
badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk 
membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala
puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
  

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...