Sunday 18 December 2011

AMALAN IBU MENGANDUNG

Salam sejahtera kepada sahabat sekalian.  Setelah sekian lama blog ini tidak di kemaskini dengan secara sistematik kerana kesibukan saya dengan aktiviti rasmi dan tak rasmi disamping rutin harian serta pengurusan rumahtangga yang semakin bertambah.  Alhamdulillah kali ini saya berpeluang mencuri sedikit masa yang ada untuk berkongsi sedikit panduan hidup dalam rumahtangga khasnya buat para bakal ibu dan ibu-ibu yang bakal/sedang mengandung 'macam saya' juga. InsyaAllah doa dan harapan saya semoga kita mendapat manfaat dari apa yang dipaparkan ini.

Saya sertakan panduan ini dengan video ceramah dari Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Menurut Al-Quran, Sunnah & Pengalaman.  Antara amalan-amalan yang baik semasa mengandung adalah:
1.  Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t
2.  Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t
3.  Rajin berpuasa sunat terutamanya bagi para suami
4.  Rajin solat wajib dan amalkan solat sunat
5.  Banyakkan berzikir kepada Allah
6.  Banyakkan bacaan al-Quran
7.  Banyakkan membaca buku-buku ilmiah
8.  Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
9.  Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sbg senaman ringan
10.Tidak terlalu tertekan atau stress
11.Mejaga adab dan emosi
12.Makan makanan yang baik dan halal
13.Jauhi daripada sifat dendam dan dengki (sifat mazmumah)
14. Rajin mengukir senyuman
15.Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu


sumber: http://namanamaislam.com/amalan-ibu-mengandung-oleh-dato-ustazah-siti-nor-bahyah-mahamood/

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...