Monday 19 September 2011

Salam Rindu di bulan Syawal






Salam buaT sahabat dan pembaca semUa. Alhamdulillah setelah lebih sebulan sAya tidak bersiaran, akhirnya hari ini 18 September 2011, peluang dan kesEmpatan yang terhad ini saya gunakan sebaik-baiknya untuk mencoretkan serba sedikit peristiwa dan aktiviti serta program sepanjang 6 minggu yang lalu.


SAMBUTAN RESEPSI HARI KEBANGSAAN KE-54 DAN HARI PENUBUHAN MALAYSIA




Baru kelmarin berlalu, program gotong-royong memasak di Kedutaan bersempena sambutan Hari Penubuhan Malaysia dan Resepsi Hari 
Kebangsaan ke-54 telah diadakan.  Sambutan telah diadakan di Hotel Balchug Kempinski Hotel,Moscow.  Sambutan ini telah dihadiri oleh kira-kira 400 orang tetamu asing yang terdiri dari kalangan duta-duta dan pasangan, pegawai-pegawai kanan kedutaan asing dan pasangan, beberapa orang kenamaan dan penting dari Malaysia termasuk 11 orang delegasi YB dari kalangan Ahli Dewan Negara serta pegawai pengiring, Dekan Fakulti Botani UPM Prof Datin Dr Fauziah Hanum dan pembantu Dr Zaki serta 2 orang pelajar dan jemputan dari pelbagai agensi tempatan dan luar negara.





 

Acara Sambutan ini diserikan dengan ucapan dari TYT Dato' Duta, ucapan balas dari wakil Kerajaan Rusia, upacara memotong kek sebagai merasmikan majlis serta beberapa persembahan kebudayaan dan tradisional dari penari-penari jemputan Malaysia. Semua para hadirin merasa sungguh gembira dan terhibur dengan persembahan yang begitu menarik dari penari-penari badan kebudayaan negeri Johor. Tahniah diucapkan di atas persembahan yang sungguh lively itu. Hidangan makanan dan minuman juga sungguh menyelerakan.

Sesungguhnya sambutan Hari Penubuhan Malaysia dan Resepsi Hari Kebangsaan ke - 54 kali ini sungguh gilang gemilang.  Saya sebagai salah ahli PERWAKILAN Moscow merasa sungguh bertuah dan bangga dengan hasil usaha kami demi untuk merealisasikan majlis sambutan ini.  


Sebagai penutup, bak kata TYT Duta Malaysia ke Persekutuan Russia, Dato' Zainol Abidin Omar, 
"Saya merasa bangga dengan usaha para ahli PERWAKILAN dan PERWAKILI semua dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas usaha dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan majlis yang sungguh gilang gemilang ini.  Sesungguhnya hanya Allah yang akan membalas jasa dan pengorbanan kita semua dalam merealisasikan impian untuk menjayakan majlis ini".

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...