Thursday 4 August 2011

Ramadhan Datang Lagi

Salam sahabat semua.  Rindu dah saya dengan blog saya ini yang telah lebih dua minggu saya abaikan.  Ini bukanlah disengajakan tetapi atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.  Alhamdulillah kini telah 3 hari Ramadhan berlalu dan bersempena dengan Ulangtahun Kelahiran yang ke-6 anak kelima saya, MUHAMMAD SHAHIR LUTFI BIN DZULKKARNAIN, saya gagahkan juga hati dan diri ini untuk menulis dlm blog kesayangan ini.

Sebenarnya telah seminggu saya bersama 4 orang anak saya berada di negara tercinta.  Tidak terluah dengan kata-kata betapa gembira dan bahagianya hati ini berada ditanah air sendiri.  Namun begitu masih terselit juga rasa sedih dan rindu yang membara saban hari kerana suami dan dua orang anak lagi masih berada di rantau kerana desakan tugas, amanah dan tanggungjawab terhadap negara.  Semoga Allah merestui kami atas segala yang kami lakukan dan alami ini.

Banyak perkara dan program yang dirancang telah selesai, hampir selesai dan bakal selesai dilaksanakan dengan berkat bantuan dan kerjasama berbagai pihak termasuk adik-adik, anak-anak, ibubapa dan saudara-mara dipersekitaran.  InsyaAllah semuanya akan selesai dlm masa yang terdekat ini.  Semoga Allah permudahkan segala-galanya. 

Akhirnya sebelum saya melabuhkan tirai ini, saya dan keluargaingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan, Selamat berpuasa dan Salam kemaafan kepada semua pembaca setia blog saya ini.  Semoga Allah merahmati kita semua berkat kehadiran Ramadhan Al-Mubarak ini.

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...