Monday 11 July 2011

Seminggu bersamamu....alang @ SAWZ!

Salam sahabat semua. Kali ini saya ingin berkongsi cerita serba sedikit kehadiran adik ketiga saya keMoscow.  Betapa gembiranya hati ini tidak dapat untuk digambarkan dengan kata-kata.  Hanya Allah sahaja yang Maha tahu segala-galanya.
Bermula dengan ketibaan beliau pada petang hari Rabu ..29 Jun 2011.  Beliau telah selamat mendarat di Airport Sheremetyevo Moscow dari Prague tepat jam 5.40 petang waktu tempatan.  Ketibaan beliau telah disambut oleh kami seisi keluarga dengan penuh keriangan dan kegembiraan.  Maklumlah telah hampir dua tahun setengah tidak bersua muka.  Maka kerinduaan antara satu sama pun meluap-luaplah.   Saya bersama Mr Hubby dan  anak-anak menunggu beliau hanya lebih 10 minit tetapi perjalanan untuk mengambil beliau telah memakan masa lebih 2 jam.  Yang lebih mengharukan lagi ialah perjalanan pulang ke rumah kami telah mengambil masa hampir 4 jam.  Keadaan trafik yang terlalu sesak dengan kereta dan juga dengan kehadiran lori, treler dan kontena telah membuatkan kami merasa bosan dan penuh emosi.  Namun begitu kami terpaksa juga menempuhinya demi untuk sampai ke destinasi kami.
Selama berada di Moscow ini, kami telah membawa Alang berjalan-jalan ke beberapa buah tempat seperti Kedutaan Besar Malaysia,Kremlin Red Square, Ismailovsky, Museum Army dan Asronauts, Leninsky Hill
Arbat Street, Ashan dan banyak lagi tempat yang perlu dan patut dikunjungi di sekitar bandar Moscow ini.  Persinggah singkat beliau di Moscow yang cuma selama 6 hari 5 malam telah meninggalkan seribu kenangan manis buat kami sekeluarga.  Kami merasa bertuah dan bangga sekali dengan kehadiran beliau walaupun cuma seorang diri tetapi seolah-olah telah mewakili seluruh keluarga kami di Malaysia.  Dengan shopping barangan, cenderamata dan pakaian yang bernilai puluhan ribu ruble serta tangkapan gambar foto yang beratusan keping telah membuatkan beliau berasa puas dengan lawatan singkat ini.

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...