Monday 13 June 2011

Solat Sunat 'Sebelum & Selepas' Solat Fardhu.

Jangan Lupa Solat Sunat 'Sebelum & Selepas' Solat Fardhu.


SaLam sahabat semua.  Kali ini marilah kita membaca dan merenung serta amalkan apa yang disarankan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.  Semoga dengan itu akan mendekatkan lagi diri kita serta menambahberatkan lagi neraca pahala kita di sisiNya...insyaAllah 

Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam mensyariatkan solat sunnat bagi umatnya sebelum dan sesudah solat fardhu, secara umum, yang disebut solat sunnah rawaatib. Beliau sallallahu alaihi wasallam bersabda:

"Barangsiapa solat (sunnah) rawatib 12 rakaat sehari semalam, maka Allah membangun sebuah rumah baginya di syurga." [HR: Ahmad, disahihkan oleh al-Albani dalam Shahiihul Jaami'ish Shaghiir (no. 6360)].

Dua belas rakaat itu ialah:

2 rakaat sebelum solat Subuh

4 rakaat sebelum solat Zohor dan 2 rakaat selepasnya

2 rakaat selepas solat Maghrib

2 rakaat sebelum solat Isyak

Disunnahkan pula solat sunnah 4 rakaat sebelum Asar, 2 rakaat sebelum Maghrib, dan 2 rakaat sebelum Isyak. Ada hadis sahih dari Nabi sallallahu alaihi wasallam yang menunjukkan hal ini.

Kerana hadis yang diriwayatkan al-Bukhari, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:

"Di antara 2 azan (azan dan iqamat) ada solat."

Nabi sallallahu alaihi wasallam mengucapkannya 3 kali, dan setelah itu beliau bersabda: "Bagi orang yang mahu."

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mendorong umatnya untuk membiasakan solat sunnah yang mudah dilakukan. Di antaranya solat malam, solat dhuha, solat tarawih di bulan Ramadhan, dan selainnya yang sahih dari Nabi sallallahu alaihi wasallam.

*Syekh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin, Sifat Solat Nabi sallallahu alaihi wasallam, halaman 61-62.

___________________________________________________________

INFORMASI


[1] Untuk membaca hukum hakam selanjutnya, anda boleh klik link di bawah:

http://www.facebook.com/1manhajsalaf

[2] Anda semua boleh dapatkan kuliah Ustaz Fathul Bari berkenaan sunnah dan isu semasa berkaitan. Klik link di bawah:

http://www.facebook.com/ufbchannel?ref=ts


LAMAN WEB RASMI KAMI: www.1manhajsalaf.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...