Friday 10 June 2011

APWG CHARITY BAZAAR 2011

Salam sahabat semua.  Telah lebih tiga minggu saya tidak bersiaran kerana masalah talian internet yang tiba-tiba breakdown.  Alhamdulillah hari ini segala masalah telah dapat diatasi.. Rindu sesangat untuk menulis dengan berbagai maklumat dan info yang diperolehi dari berbagai-bagai sumber.

Terkini ialah entry tentang aktiviti-aktiviti semasa yang berlaku disekitar hidup saya, keluarga dan kawan-kawan.  Pada 28 Mei 2011 yang lalu, suatu Charity Bazaar Asia Pasifik Women Group telah diadakan di Hotel Radisson Slavanskaya, Moscow.  Bazaar bermua jam 10 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.  Kumpulan kami dari Perwakilan Moscow telah bergerak dari kediaman kami seawal jam 6.30 pagi pada hari berkenaan.  Dengan 3 kali trip, bas sekolah anak-anak Perwakilan yang dipandu oleh Mr Andrew bersama Mr Ruslan dan Mr Yuri telah menghantar kami ke bahagian pemunggahan barang-barang di hotel berkenaan.  
Terdapat dua jenis gerai yang disediakan iaitu gerai Kraftangan dan gerai makanan.  Gerai makanan kami adalah antara gerai yang paling meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih tradisional Malaysia.  Antara makanan yang kami jual adalah set sate, nasi lemak dan rendang ayam, meehoon goreng dan spagheti goreng.  Puteri ayu, kuih bakar, karipap, cucur badak, kuih koci, cekodok pisang, popia goreng, pau goreng, kuih lapis, dadih manis, burger Malaysia, muffin pisang, cekodok sayur, adalah antara jenis-jenis kuih yang telah dijual.
Alhamdulillah sambutan dari pengunjung amat memuaskan dan jualan makanan kami juga memuaskan. 

Persembahan tarian India 
Terdapat juga berbagai persembahan kebudayaan dari negara-negara yang terlibat.  Antaranya adalah persembahan dari Indonesia, India, Thailand, Philipina, Brunei, Myanmar dan banyak lagi negara lain.  Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mempersembahkan  beberapa persembahan menarik antaranya ialah peragaan fesyen pakaian tradisional pelbagai kaum dan negeri di Malaysia, pakaian pengantin dari beberapa buah negeri, tarian oh wau bulan, tarian sumazau dan bermacam-macam lagi.  Tahniah dan syabas kepada kesemua pelajar perubatan dan kejuruteraan yang mengambil bahagian. Walaupun sibuk dengan pembelajaran masing-masing namun masih sanggup meluangkan masa untuk terlibat dengan Charity Bazaar ini.  Kami kagum dan bangga dengan kebolehan anda semua. MALAYSIA BOLEH!
Kepada semua Ahli PERWAKILAN Moscow....tahniah dan terima kasih atas kerjasama, jasabakti dan sumbangan anda semua dalam pelbagai bidang.  Semoga kita akan terus maju jaya di masa akan datang...
Bersama Ella dari Philipina
YBhg Datin Amy bersama sebahgn
dari ahli PERWAKILAN
YBhg Datin Amy dan peserta
 fashion show dari M'sia 

B

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...