Wednesday 18 May 2011

REDHA DAN PASRAH

Salam sahabat semua.  Arini nak sembang skit la tentang rencah hidup didunia.  Dalam tahun ini sahaja iaitu lebih kurang 138 hari kita berada dalam tahun 2011, telah beberapa ujian hidup kutempuhi.  Dari ujian kepada diri sendiri, suami, anak-anak dan keluarga serta teman-teman disekelilingku.  Namun begitu, aku bersyukur kepadaNya kerana telah membantuku melepasi ujian-ujian tersebut dengan jayanya.  Alhamdulillah dan TQ Allah atas segalanya.

Namun semua ujian itu tidaklah sehebat dan seberat ujian yang harus dihadapi oleh Rosiati Ibrahim. Berita kematian sahabat baik suamiku (Alahyarham Mokhtar Said) yang mana isterinya adalah sahabatku juga telah mengejutkan kami. Kenangan bersama ketika sama-sama bertugas di Pahang suatu ketika dahulu terimbas kembali. Namun segalanya hanya tinggal memori yang takkan mungkin dapat dilupakan. Kematian yang berlalu hampir 2 tahun baru kami ketahui. Maklumat yang diterima cumalah asas sahaja. Akhirnya aku mengambil keputusan utk menelefon sendiri isteri allaryarham di Machang, Kelantan untuk mendapat pengesahan dan butiran lanjut mengenainya. Walaupun waktu Malaysia ketika itu telah jam 1.30 pagi (waktu Moscow jam 9.30 pagi)namun aku gagahkan juga tangan ini untuk mendail nombor telefon Yati. Alhamdulillah deringan telefon berjawab dan akhirnya kami dapat maklumat jelas dan lengkap mengenai berita bkematian suami Yati. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Inilah ujian yang paling berat yang ditempuhi oleh isteri dan anak-anak yang kehilangan tunggak dalam keluarga.

Innalillahi wainnailaihi rajiuunn...Al-Fatihah dan sekalung doa serta ucapan TAKZIAH yang mampu kami ucapkan. Sesungguhnya kematian adalah PASTI untuk setiap makhluk yang bernyawa. Namun bila, di mana dan bagaimana caranya hanyalah Allah yang Maha tahu. Kita sebagai hambaNya boleh berdoa yang baik2 untuk keadaan kematian kita. Kepada Yati dan anak-anak, kami harap agar kalian sentiasa tabah, sabar dan redha dengan semua ini. Walaupun kita menyayanginya, namun sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau. Semoga roh allahyarham tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh dan para shuhada. Amin Yarabbal 'Alamin.

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...