пятница, 27 мая 2011 г.

ILMU SAKA ROSAKKAN MANUSIA

ILMU SAKA ROSAKKAN MANUSIA

April 19th, 2011 | 9:10 am | Akidah | 4 responses
IKHTIAR…apabila mendapat tahu diri atau ahli keluarga mewarisi saka segera dapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam.
SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.
Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.
Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.
Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.
Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.
Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.
Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.
Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.
Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.
Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.
Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).
“Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.
“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.
“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.
Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.
“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.
“Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.
Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
“Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.
“Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya.
Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.
“Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.
“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.
Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.
“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
“Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,” katanya.
Petanda seseorang mempunyai saka:
Gejala waktu tidur
·                  Susah tidur malam.
·                  Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
·                  Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
·                  Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
·                  Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
·                  Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
·                  Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
·                  Berdiri dan berjalan ketika tidur.
·                  Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
·                  Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
·                  Mimpi melihat budak kecil.
·                  Mimpi melihat salib atau gereja.
·                  merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
·                  Selalu pening kepala.
·                  Lalai mengingati Allah SWT
·                  Sering lesu dan malas.
·                  Rasa sakit di salah satu anggota badan.
·                  Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
·                  Lenguh sendi-sendi utama.
·                  Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
·                  Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
·                  Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
·                  Mudah marah dan panas baran.
·                  Emosional dan terlalu sensitif.
·                  Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
·                  Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu


Sumber : http://www.islamituindah.my/ilmu-saka-rosakkan-manusia

среда, 25 мая 2011 г.

DIALOG MENARIK......

diambil dari weblog Ustaz Hasrizal di sini

Saya selalu terkenang dialog saya ketika bertemu dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah mencecah 20 tahun, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dialog saya bersamanya bermula dengan soalan yang sangat tidak dijangka. Dia mengajukan soalan kepada saya,“do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don’t believe in wearing scarf. If God doesn’t want us to show our hair, then He will create us bald. I don’t want to wear scarf.”

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa tidak boleh bela anjing di rumah dan beberapa soalan lain, yang asalnya tidak terjangkau oleh fikiran saya ia akan ditanya oleh seorang Muslim.

Seandainya saya mengambil pendekatan ‘seorang ustaz’, mungkin saya akan leterkan beliau ayat-ayat al-Quran dan Hadith berkaitan kewajipan bertudung dengan panjang lebar dan penuh nota kaki. Akhirnya saya sahaja yang syok sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih! Gadis tersebut mungkin menguap dan menutup telinganya sambil menanti saya mengangkat punggung dan beredar.

Saya tidak punya pengalaman untuk mengendalikan keadaan seperti itu. Bekalan yang ada hanya sebuah sikap yang saya yakin penting. Tekan butang pause, bertenang, dan cuba untuk melihat apa yang tidak diperlihatkan. Persoalan sebenar berbanding persoalan yang ditanya. Apakah benar, tudung, solat dan bela anjing itu masalah sebenarnya, atau ada masalah lain yang lebih kritikal di sebalik semua itu.

“Saya tidak rasa itu patut jadi persoalan awalan kita. Mungkin elok kita bincang persoalan yang lebih perlu diselesaikan. Sesuatu yang lebih pokok,” saya memberanikan diri mencadang.

“Oh begitu. Baik, apa persoalan utama ustaz?” tanya gadis tadi.

“Apa tujuan hidup awak? Apa yang awak nak capai dalam hidup ini?” saya menyoal.

“Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?”, tanyanya lagi.

“Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?” saya menguji.

“Silly game.. mengarut!” ujarnya sambil tersengih.

“Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Betul tak?” saya menyoalnya.

Dia menggangguk.

“Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, adalah cara mudah untuk gagal dalam hidup. Awak setuju?” saya meneruskan perbualan.

“Ya, saya boleh bersetuju.” jawabnya.

“Jadi, apa tujuan hidup awak?” saya menyoal.

“Saya nak berjaya dalam kerjaya, ada firm sendiri dan dengan pendapatan jutaan Pound setahun!” katanya dengan yakin.

“Awak belum dapat berjuta Pound setahun. Ada orang dapat berjuta Pound sehari, tak bahagia pun. Tu si Donald Trumph, kaya raya. Tetapi dia tidak bahagia, ‘diceraikan’ oleh isterinya. Saya tidak rasa berjuta Pound itu tujuan hidup awak atau sesiapa” saya mengulas sedikit. Cuba melontar provokasi.

“Hmm…,” dia mengeluh. Sepi tanpa jawapan…

“Habis, apa tujuan hidup ustaz?” gadis itu bertanya kepada saya.

“Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tidak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama…” cakap saya terputus.

“Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?“, gadis tersebut memintas saya dengan soalannya.

“DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka beribadah dan mengabdikan diri kepadaKu. Surah al-Dzariyat ayat 56″ saya menjawab.

Lantas saya mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya saya membuat kesimpulan berikut:

“Seandainya saudari boleh menerima hakikat yang saudari perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Jika saudari boleh bersetuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Analoginya jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, dan itu haknya kerana dia ketua pemerintah negara. Maka apatah lagi untuk menghadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tidak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat. Jangan salahkan Islam atas apa yang orang Melayu buat!” saya mengakhiri penerangan terhadap semua persoalan yang tertangguh.

PERINGKAT KEJADIAN ANAK DALAM KANDUNGAN

Dari Anas ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu Malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya: apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, Malaaikat bertanya: "Ya Tuhanku! air benih akan dsempurnakan kejadiannya atau tidak? - Ya Tuhanku! darah seketul ini akan dsempurnakan atau tidak? - Ya Tuhanku! daging segumpal ini akan dsempurnakan atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi: "Ya Tuhanku! adakah ia seorang (yang bernasib) selaka atau (yang bernasib) bahagia?
Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekiny dan ajalnya?" (setelah Malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya." (Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)


PERINGKAT SATU NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2 " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat " Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknyaPERINGKAT KEDUA ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Allah swt mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah yang bermaksud : " Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" al-Mukminun : 14 Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud : 1) sesuatu yang bergantung atau melekat 2) pacat atau lintah 3) suatu buku atau ketulan darah Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

PERINGKAT KETIGA MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14 Firman Allah yang bermaksud :- "lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging" ( al-Mukminun : 14 ) Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah yang bermaksud : "Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging" al-Mukminun : 14 Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PERINGKAT KELIMA NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

PERINGKAT KE ENAM NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t Disalin dari : http://lailizah.tripod.com/proses_kejadian_manusia_menurut_al-Quran.htm Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Length: ‎2:58

среда, 18 мая 2011 г.

REDHA DAN PASRAH

Salam sahabat semua.  Arini nak sembang skit la tentang rencah hidup didunia.  Dalam tahun ini sahaja iaitu lebih kurang 138 hari kita berada dalam tahun 2011, telah beberapa ujian hidup kutempuhi.  Dari ujian kepada diri sendiri, suami, anak-anak dan keluarga serta teman-teman disekelilingku.  Namun begitu, aku bersyukur kepadaNya kerana telah membantuku melepasi ujian-ujian tersebut dengan jayanya.  Alhamdulillah dan TQ Allah atas segalanya.

Namun semua ujian itu tidaklah sehebat dan seberat ujian yang harus dihadapi oleh Rosiati Ibrahim. Berita kematian sahabat baik suamiku (Alahyarham Mokhtar Said) yang mana isterinya adalah sahabatku juga telah mengejutkan kami. Kenangan bersama ketika sama-sama bertugas di Pahang suatu ketika dahulu terimbas kembali. Namun segalanya hanya tinggal memori yang takkan mungkin dapat dilupakan. Kematian yang berlalu hampir 2 tahun baru kami ketahui. Maklumat yang diterima cumalah asas sahaja. Akhirnya aku mengambil keputusan utk menelefon sendiri isteri allaryarham di Machang, Kelantan untuk mendapat pengesahan dan butiran lanjut mengenainya. Walaupun waktu Malaysia ketika itu telah jam 1.30 pagi (waktu Moscow jam 9.30 pagi)namun aku gagahkan juga tangan ini untuk mendail nombor telefon Yati. Alhamdulillah deringan telefon berjawab dan akhirnya kami dapat maklumat jelas dan lengkap mengenai berita bkematian suami Yati. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Inilah ujian yang paling berat yang ditempuhi oleh isteri dan anak-anak yang kehilangan tunggak dalam keluarga.

Innalillahi wainnailaihi rajiuunn...Al-Fatihah dan sekalung doa serta ucapan TAKZIAH yang mampu kami ucapkan. Sesungguhnya kematian adalah PASTI untuk setiap makhluk yang bernyawa. Namun bila, di mana dan bagaimana caranya hanyalah Allah yang Maha tahu. Kita sebagai hambaNya boleh berdoa yang baik2 untuk keadaan kematian kita. Kepada Yati dan anak-anak, kami harap agar kalian sentiasa tabah, sabar dan redha dengan semua ini. Walaupun kita menyayanginya, namun sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau. Semoga roh allahyarham tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh dan para shuhada. Amin Yarabbal 'Alamin.

вторник, 10 мая 2011 г.

MARILAH KITA HAYATI CERITA INI....

Syaitan Membantu Ke Masjid

 
Salam sahabat semua.Kali ini saya ingin memuatkan entry ini yang saya rasa ianya boleh jadi bahan renungan dan panduan kita dalam menjalani rutin kehidupan ini.Semoga ianya memberi manafaat dan pedoman buat kita semua...insyaAllah


Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang semula ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid semula.

Dalam perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid sekali lagi.

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.

lelaki itu menjawab

"Aku adalah IBLIS (syaitan)"


Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.

Syaitan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa2mu.

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu mengubah fikiran untuk tinggal dan solat di rumah, kamu tetap memutuskan untuk kembali kemasjid bagi solat jema'ah.

Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan2 Allah akan memaafkan serta mengampunkan dosa2 seluruh penduduk kampungmu, jadi saya harus memastikan bahwa anda akan selamat sampai dimasjid....'


Moral:
Jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yang akan kamu dapat dari segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut .



Salam Ukhuwah..~

HUKUM GANTUNG GAMBAR BERNYAWA

HUKUM GANTUNG GAMBAR BERNYAWA

April 6th, 2011 | 4:33 pm | Ibadah | 3 responses
Oleh: Ustaz Azhar Idrus
Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.
Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.
Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 

четверг, 5 мая 2011 г.

BOLEHKAH ROH SUAMI KEMBALI MENIDURI ISTERINYA YANG MASIH HIDUP?

BOLEHKAH ROH SUAMI KEMBALI MENIDURI ISTERINYA YANG MASIH HIDUP?

March 8th, 2011 | 7:41 am | Soal Jawab Agama | 19 responses                                                                                                                            
Salam sahabat semua.  Entry saya kali ini agak berlainan sedikit daripada biasa.  Saya amat tertarik dengan persoalan ini yang saya rasa mungkin sahabat semua juga berasa begitu. Sebagai panduan, pedoman dan renungan buat diri kita semua, dalam kita melayari bahtera kehidupan ini.  Artikel yang saya perolehi daripada laman web http://www.islamituindah.my/wp-content/uploads/2011/03/solat-jenazah.jpg amat menarik saya untuk saya jadikan salah saty entry dlm blog saya ini.  


Soalan: Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;
i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?
ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?
iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.
Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.

Jawapan:
Puan,
Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.
Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.
Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.
Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”
Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.
Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.
Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.
Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.
Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.
Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.
Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”
Ayat al-Quran lain ada menyebut,
“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”
Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).
Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.
Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.
Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.
Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.
Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.
Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.
Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.
Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah – reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.
Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.
Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.
Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.
Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

WANGI-WANGIAN BUAT JIN MUNTAH

Wangi-wangain Buat Jiin Muntah

Salam sahabat semua.  Kali ini saya ingin berkongsi artikel dari blog -TW ini sebagai menambah ilmu yang kita sedia ada.   Semoga ianya menjadi panduan dan maklumat penting untuk dalam kita melayari hidup ini.  Terima kasih kepada  - TW kerana membenarkan saya mengongsi artikel dlm blog saya ini.

Minyak wangi buat jin muntah.... Bau wangi merupakan santapan roh, ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi kesegaran rohani dan dapat membangkitkan semangat dalaman seseorang. Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia. Bau-bau wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya, manakala syaitan-syaitan amat membencinya, kerana diantara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan. 



Sudah beberapa kali menyapukan minyak wangi dihidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah, jin yang menganggu akan komplen minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu. Kerana itulah diantara tanda-tanda mereka yang mengalami masalah gangguan jin, adalah tidak suka pada bau-bau wangian. Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya.


Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan. Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi. 


Minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat. Ini adalah kerana campuran alkohol pada zat bunga itu, akan "membunuh" zat bunga tersebut. Didalam alam kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan). Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian. Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan dengan tenaga batin. Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual.


Untuk tujuan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayatul Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat al-quran, selawat atau zikir-zikir tertentu. Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pelaris dan pemanis. Cuma ianya memerlukan kaedah-kaedah yang khusus dan niat yang baik dari si pemakai. Ini adalah untuk mengelakkan kehadiran jin pendamping..

вторник, 3 мая 2011 г.

SCURVY ATAU KUDIS

Salam sahabat semua. Kali ini saya ingin mengutarakan suatu entry menarik yg saya perolehi dari internet berkenaan tentang KUDIS @ SCURVY.  Saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu ini dengan sahabat semua.  Semoga ia boleh dijadikan panduan dalam kehidupan kita seharian terutama bagi kepentingan diri, anak-anak dan keluarga kita.  Saya coretkan dalam dua bahasa dengan harapan mudah difahami oleh semua pembaca dan mudah dirujuk andai ada kekeliruan perkataan atau ayat dan makna yang tertulis.  Semoga bertambah lagi ilmu kita tentang penyakit yang mungkin kita rasa tidak merbahaya tetapi kalau dibiarkan tanpa pencegahan atau rawatan ia mungkin boleh memudaratkan diri pesakit atau keluarga dan orang-orang disekelilingnya.  Nauzubillahi minzaliq. Wallahualam!
SCURVY
      
Scurvy is a disease resulting from a deficiency of vitamin C, which is required for the synthesis of collagen in humans. The chemical name for vitamin C, ascorbic acid, is derived from the Latin name of scurvy, scorbutus, which also provides the adjective scorbutic ("of, characterized by or having to do with scurvy"). Scurvy often presents itself initially as symptoms of malaise and lethargy, followed by formation of spots on the skin, spongy gums, and bleeding from the mucous membranes. Spots are most abundant on the thighs and legs, and a person with the ailment looks pale, feels depressed, and is partially immobilized. As scurvy advances, there can be open, suppurating wounds, loss of teeth, jaundice, fever, neuropathy and death.
Scurvy was at one time common among sailors, pirates and others aboard ships at sea longer than perishable fruits and vegetables could be stored (subsisting instead only on cured and salted meats and dried grains) and by soldiers similarly separated from these foods for extended periods. It was described by Hippocrates (c. 460 BC–c. 380 BC), and herbal cures for scurvy have been known in many native cultures since prehistory. Scurvy was one of the limiting factors of marine travel, often killing large numbers of the passengers and crew on long-distance voyages. This became a significant issue in Europe from the beginning of the modern era in the Age of Discovery in the 15th century, continuing to play a significant role through World War I in the 20th century.
Today scurvy is known to be caused by a nutritional deficiency, but until the isolation of vitamin C and its direct link to scurvy in 1932, numerous theories and treatments were proposed, often on little or no experimental data. This inconsistency is attributed to the lack of vitamin C as a distinct concept, the varying vitamin C content of different foods (notably present in fresh citrus, watercress, and organ meat), and how vitamin C can be destroyed by exposure to air and copper.
Treatment by fresh food, particularly citrus fruit, was periodically implemented, as it had been since antiquity, but the ultimate cause of scurvy was not known until 1932, and treatment was inconsistent, with many ineffective treatments used into the 20th century. It was a Scottish surgeon in the BritishRoyal Navy, James Lind who first proved it could be treated with citrus fruit in experiments he described in his 1753 book, A Treatise of the Scurvy,[1]though his advice was not implemented by the Royal Navy for several decades.
In infants, scurvy is sometimes referred to as Barlow's disease, named after Sir Thomas Barlow,[2] a British physician who described it. (N.B. Barlow's disease may also refer to mitral valve prolapse.) Other eponyms include Moeller's disease and Cheadle's disease.
Scurvy does not occur in most animals because they can synthesize their own vitamin C. However, humans and other higher primates (the simians andtarsiers), guinea pigs, most or all bats, and some species of birds and fish lack an enzyme necessary for such synthesis and must obtain vitamin C through their diet. Vitamin C is widespread in plant tissues, with particularly high concentrations occurring in citrus fruits (oranges, lemons, limes, grapefruits), tomatoes, potatoes, cabbages, and green peppers.

Cause

Scurvy or subclinical scurvy is caused by the lack of vitamin C. In modern Western societies, scurvy is rarely present in adults, although infants and elderly people are affected.[3] Vitamin C is destroyed by the process of pasteurization, so babies fed with ordinary bottled milk sometimes suffer from scurvy if they are not provided with adequate vitamin supplements. Virtually all commercially available baby formulas contain added vitamin C for this reason, but heat and storage destroy vitamin C. Human breast milk contains sufficient vitamin C, if the mother has an adequate intake.
Scurvy is one of the accompanying diseases of malnutrition (other such micronutrient deficiencies are beriberi or pellagra) and thus is still widespread in areas of the world depending on external food aid.[4] Though rare, there are also documented cases of scurvy due to poor dietary choices by people living in industrialized nations.[5][6][7][8]

Pathogenesis

Ascorbic acid is needed for a variety of biosynthetic pathways, by accelerating hydroxylation and amidation reactions. In the synthesis of collagen, ascorbic acid is required as a cofactor for prolyl hydroxylase and lysyl hydroxylase. These two enzymes are responsible for the hydroxylation of the proline and lysine amino acids in collagen. Hydroxyproline and hydroxylysine are important for stabilizing collagen by cross-linking the propeptides in collagen. Defective collagen fibrillogenesis impairs wound healing. Collagen is also an important part of bone, so bone formation is also affected. Defective connective tissue also leads to fragile capillaries, resulting in abnormal bleeding.

Symptoms

Early symptoms are malaise and lethargy. After 1-3 months, patients develop shortness of breath and bone pain. Myalgias may occur because of reduced carnitine production. Other symptoms include skin changes with roughness, easy bruising and petechiae, gum disease, loosening of teeth, poor wound healing, and emotional changes. Dry mouth and dry eyes similar to Sjögren syndrome may occur. In the late stages, jaundice, generalized edema, oliguria, neuropathy, fever, and convulsions, and eventual death are frequently seen.[9]

Prevention

Scurvy can be prevented by a diet that includes certain citrus fruits such as oranges or lemons. Other sources rich in vitamin C are fruits such as blackcurrants, guava, kiwifruit, papaya, tomatoes, bell peppers, and strawberries. It can also be found in some vegetables, such as carrots, broccoli, potatoes, cabbage, spinach and paprika. Some fruits and vegetables not high in vitamin C may be pickledin lemon juice, which is high in vitamin C. Many animal products, including liver, Muktuk (whale skin), and oysters, contain vitamin C. Though redundant in the presence of a balanced diet,[10] various nutritional supplements are available that provide ascorbic acid well in excess of that required to prevent scurvy, and even some candies and most soft drinks contain vitamin C as a preservative.

Treatment

Scurvy is treated with vitamin C.

 

KUDIS

Kudis adalah penyakit akibat dari kekurangan vitamin C, yang diperlukan untuk sintesis kolagen pada manusia. Nama kimia untuk vitamin C, asam askorbat, berasal dari nama latin dari kudis, scorbutus, yang juga menyediakan scorbutic kata sifat ("dari, ditandai oleh atau yang berkaitan dengan penyakit kudis"). Kudis sering muncul sendiri awalnya sebagai gejala malaise dan kelesuan, diikuti dengan pembentukan bintik-bintik pada kulit, gusi spons, dan pendarahan dari selaput lendir. Spot yang paling banyak di paha dan kaki, dan orang dengan penyakit tampak pucat, merasa tertekan, dan sebahagian bergerak. Seiring kemajuan kudis, ada dapat terbuka, luka bernanah, kehilangan gigi, sakit kuning, demam, neuropati dan kematian.

Kudis itu pada satu masa yang umum di antara pelaut, bajak laut dan lain-lain kapal kapal di laut lebih lama daripada buah-buahan dan sayuran yang mudah rosak boleh disimpan (hidup dari bukan hanya pada daging asap dan masin dan biji-bijian kering) dan oleh tentera juga berasingan dari makanan ini untuk waktu yang lama. Hal ini dijelaskan oleh Hippocrates (c. 460 SM-c 380 SM.), Dan ubat herba untuk penyakit kudis telah dikenal di banyak budaya asli sejak prasejarah. Kudis adalah salah satu faktor sekatan perjalanan laut, sering membunuh sejumlah besar penumpang dan awak di perjalanan jarak jauh. Hal ini menjadi masalah yang signifikan di Eropah dari awal era moden di Era Discovery di abad 15, terus memainkan peranan penting melalui Perang Dunia I pada abad ke-20.

Hari kudis diketahui disebabkan oleh kekurangan gizi, tetapi sampai isolasi vitamin C dan direct link untuk penyakit kudis pada tahun 1932, banyak teori dan rawatan yang dicadangkan, sering pada sedikit atau tidak ada data eksperimen. inkonsistensi ini disebabkan kurangnya vitamin C sebagai konsep yang berbeza, kandungan vitamin C pelbagai makanan yang berbeza (terutama hadir dalam jeruk segar, salad, contohnya, air, dan daging organ), dan bagaimana vitamin C dapat dihancurkan oleh pendedahan udara dan tembaga .

Perubatan oleh makanan segar, terutama buah limau, dilaksanakan secara berkala, seperti yang telah sejak zaman dahulu, namun penyebab utama dari kudis tidak diketahui sampai tahun 1932, dan rawatan tidak konsisten, dengan rawatan berkesan yang digunakan ke dalam abad ke-20. Ini adalah seorang ahli bedah Scotland di British Royal Navy, James Lind yang pertama kali terbukti boleh dirawat dengan buah limau dalam percubaan ia menggambarkan pada tahun 1753 bukunya, A Treatise dari Scurvy, [1] walaupun nasihatnya tidak dilaksanakan oleh Royal Tentera Laut selama beberapa dekad.
Pada bayi, penyakit kudis kadang-kadang disebut sebagai penyakit Barlow, dinamakan Sir Thomas Barlow, [2] seorang doktor Inggeris yang menggambarkannya.(Penyakit NB Barlow juga boleh merujuk pada mitral valve prolapse.) Eponyms lain termasuk penyakit Moeller dan penyakit Cheadle's.

Kudis tidak berlaku dalam kebanyakan haiwan kerana mereka dapat mensintesis sendiri vitamin C. Namun, manusia dan primata yang lebih tinggi yang lain (simians dan Tarsius), babi guinea, kelawar sebahagian besar atau semua, dan beberapa jenis burung dan ikan kurangnya enzim yang diperlukan untuk sintesis tersebut dan harus mendapatkan vitamin C melalui diet mereka. Vitamin C tersebar luas di rangkaian tanaman, dengan konsentrasi sangat tinggi berlaku pada buah sitrus (jeruk, lemon, limau, grapefruits), tomato, kentang, kubis, dan paprika hijau.

Penyebab

Kudis atau subklinis penyakit kudis disebabkan oleh kekurangan vitamin C. Dalam masyarakat Barat moden, penyakit kudis jarang hadir pada orang dewasa, walaupun bayi dan orang tua akan terjejas. [3] Vitamin C dihancurkan oleh proses pasteurisasi, sehingga bayi yang diberi dengan botol susu biasa yang kadang-kadang menderita penyakit kudis jika mereka tidak disediakan dengan suplemen vitamin yang mencukupi.Hampir semua formula bayi yang tersedia secara komersil ditambah mengandungi vitamin C untuk alasan ini, tapi panas dan simpanan menghancurkan vitamin C. ASI manusia mengandungi vitamin C yang cukup, jika ibu mempunyai asupan yang cukup.

Kudis adalah salah satu penyakit penyerta gizi buruk (kekurangan gizi mikro yang lain seperti itu beri-beri atau pellagra) dan dengan demikian masih tersebar luas di kawasan di dunia bergantung pada bantuan pangan dari luar [4]. Walaupun jarang, ada juga mencatat kes kudis kerana miskin diet pilihan oleh orang-orang yang tinggal di negara-negara industri. [5] [6] [7] [8]

Patogenesis

Asam askorbat diperlukan untuk pelbagai pusat biosintesis, oleh hidroksilasi mempercepat dan reaksi amidasi. Dalam sintesis kolagen, asid askorbat diperlukan sebagai kofaktor untuk hidroksilase prolyl dan hidroksilase lysyl. Kedua-dua enzim bertanggung jawab atas hidroksilasi asid amino prolin dan lisin dalam kolagen.Hydroxyproline dan hydroxylysine penting untuk menstabilkan kolagen oleh salib-menyambung propeptides dalam kolagen. merosakkan kolagen Cacat fibrillogenesis penyembuhan luka. Kolagen juga merupakan sebahagian penting dari tulang, sehingga pembentukan tulang juga terjejas. rangkaian ikat Cacat juga mengarah ke kapilari rapuh, menyebabkan pendarahan abnormal.

Gejala

Gejala awal adalah malaise dan kelesuan. Setelah 1-3 bulan, pesakit mengalami sesak nafas dan nyeri tulang. Mialgia boleh berlaku kerana pengeluaran karnitin berkurang.Gejala lain termasuk perubahan kulit dengan kekasaran, mudah lebam dan petechiae, penyakit gusi, melonggarkan gigi, penyembuhan luka yang buruk, dan perubahan emosi. Mulut kering dan mata kering serupa dengan sindrom Sjögren mungkin berlaku.Pada tahap akhir, sakit kuning, edema, oliguria umum, neuropati, demam, dan kejang-kejang, dan kematian akhirnya yang sering terlihat. [9]

Pencegahan

Kudis boleh dicegah dengan diet yang merangkumi buah limau tertentu seperti jeruk atau lemon. Sumber-sumber lain yang kaya akan vitamin C adalah buah-buahan seperti blackcurrant, jambu biji, buah kiwi,, betik tomato, paprika, dan strawberi. Hal ini juga boleh didapati di beberapa sayuran, seperti lobak merah, brokoli, kentang, bayam kubis, dan paprika. Beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran tidak tinggi vitamin C dapat diasidkan dalam jus lemon, yang tinggi dalam produk haiwan Banyak vitamin C, termasuk hati, Muktuk (kulit paus), dan tiram, mengandungi vitamin C. Walaupun berlebihan dalam kehadiran diet seimbang, [10] pelbagai suplemen gizi yang sedia yang menyediakan asam askorbat baik lebih dari yang diperlukan untuk mencegah penyakit kudis, dan bahkan beberapa gula-gula dan minuman ringan mengandungi vitamin C sebagai pengawet.

Rawatan

Kudis diubati dengan vitamin C


sumber : wikipedia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...