Tuesday 19 April 2011

VIDEO : BAYI JANTUNG DILUAR MASIH HIDUP

 petikan cerita dari KOSMO ONLINE
Derita bayi jantung di luar badan
image
















JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam
keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.  Itulah takdir Koh Jun Hao
yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak  di dada, bukan di dalam
tubuh sebagaimana kebiasaan.  Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan
20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.
Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani
pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).  Meskipun segala
perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun
menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.  Menurutnya, rawatan
susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap
hari amat tinggi.  Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa
ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.
sumber : Derita bayi jantung di luar badan


VIDEO BAYI TERSEBUT

sama-sama kita doakan kesejahteraan bayi terbabit…kehebatan Allah tiada bandingannya..


SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com/2011/04/video-bayi-jantung-diluar-masih-hidup.html#ixzz1JPgc0ojW

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...