Monday 4 April 2011

Journey to Baitullah (part 1)

  Moscow-Jordan-Jeddah-Makkah-Madinah-Jeddah-Jordan-Moscow

Salam bertemu kembali sahabat sekalian.  Lama juga saya menyepi diri kerana kesibukan rutin harian disamping menguruskan anak yang kelima saya yang dihinggapi demam campak.  Alhamdulillah setelah hampir seminggu, semua ruam telah keluar dan kini telah semakin mengecut dan kering.   InsyaAllah beberapa hari lagi akan sembuh sepenuhnya.

Setelah hampir sepuluh hari kembali dari Tanah Suci Makkah dan Madinah, baru hari ini saya berpeluang untuk mencoretkan serba sedikit pengalaman dan kenangan sepanjang perjalanan, semasa berada di sana dan setelah kembali dari sana.  Dugaan, ujian dan rintangan sepanjang jalan juga akan dicoretkan buat tatapan pembaca entry saya ini.  Saya paparkan semua ini agar dapat menjadi panduan dan pengetahuan kita semua.  Kita harus sentiasa sabar dan tabah dengan setiap ujian dan dugaan yang tiba....InsyaAllah!

Alkisahnya, kami sekeluarga telah merancang untuk menunaikan Umrah ini sejak hampir setahun yang lalu. Tetapi semua perancangan ini hanya terlaksana pada tahun ini setelah berbagai rintangan, ujian dan dugaan kami lalui.  Kami redha dengan segala ketentuanNya bahawa bukan setiap perancangan kita itu akan terlaksana seperti yang kita hajatkan.  Kita hanya merancang dan Allah jua yang yang menentukan segalanya.  Alhamdulillah berkat sabar, usaha, doa dan tawakkal kepadaNya telah membuahkan hasil. 

Pada akhir Januari 2011, Alhamdulillah segala urusan permohonan visa, tempahan tiket kapal terbang pergi dan balik dan tempahan hotel penginapan telah selesai diuruskan.  Seterusnya kami melewati hari-hari berlalu dengan membuat persediaan seperti membaca buku-buku panduan berkaitan niat, doa dan bacaan-bacaan yang perlu/afdal sebelum,semasa dan selepas rukun/niat umrah dan ziarah.  Praktikal tawaf dan sae'i juga kami lakukan bersama anak-anak mengikut seperti dalam buku panduan yang kami sedia ada.  Segala keperluan seperti pakaian, aksesori dan sebagainya juga turut dikemaskinikan.  Alhamdulillah.....

Hari yang dinantikan tiba jua akhirnya. Debaran semakin kencang untuk menghadapi situasi seterusnya.  Dalam hati kami sentiasa berdoa agar segala urusan kami dipermudahkan oleh Allah swt.  Setelah selesai makan minum, solat Zuhur dan Jamak Takdim Solat Asar serta solat sunat beserta bacaan doa sebelum meninggalkan rumah dsbnya, maka tepat jam 1.00 tengah hari Ahad, 13 Mac 2011 yang lalu, kami sekeluarga telah menaiki MPV Mercedez Vito yang disewa khas telah menghantar kami ke Moscow Airport Domodedovo.

Alhamdulillah kami selamat tiba di airport dan terus membuat 'check in baggage' di kaunter 46.  Setelah selesai urusan tersebut kami pun menunggu di Gate 12A (bahagian yang sepatutnya kami menunggu).  Lebih kurang jam  4.30 petang setelah menunggu hampir 2 jam, masa untuk 'boarding' pun tiba.  Kami menaiki pesawat RJ0178 A320 dan berlepas menuju ke Amman, Jordan tepat jam 5.00 petang.  Setakat ini segala-galanya berjalan lancar.  Alhamdulillah........

 
 
Ketika tiba di Airport Queen Alia, Amman Jordan

Pose semasa berjalan menuju ke dalam flight
 Royal Jordanian RJ0178



 
                      
 

Ketika di Queen Alia Airport,Amman Jordan
(menunggu utk boarding ke Jeddah Airport)

My hubby dan 2 orang anak lelaki (no 3 dan no4)
 semasa dalam RJ0178



 


  
 








 

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...