Tuesday 12 April 2011

Dugaan Allah Datang bila Dia kehendaki

Salam kawan2 semua.  Kali ini saya nak share skit kisah terbaru tentang kehidupan dan keluarga saya yang tersayang.  Walaupun agak lama menyepikan diri kerana rutin harian yang semakin bz, namun saya gagahkan juga tangan ini untuk menari di layar bisu ini.

Dua minggu yang lalu salah seorang anak saya (no.5) telah dijangkiti oleh penyakit campak berair (chicken pox).  Setelah dua minggu kemudian, iaitu pada hari Ahad (semalam) 3orang lagi anak saya telah dijangkiti beserta my hubby sekali.  Alangkah terkejutnya diri ini kerana serentak 5 orang dijangkiti dalam waktu yang sama.  Walaupun begitu saya masih bersyukur kepada Allah kerana saya dan anak perempuan yang besar (no 2) masih belum dijangkiti lagi dan berharap supaya tidak dijangkiti (Nauzubillahiminzaliq).

Sejak semalam suasana rumah yang biasanya bising dan riuh rendah dengan gelak ketawa dan tangis anak-anak,semakin sunyi dirasakan.  Mungkin kerana masing-masing menahan kesakitan akibat sakit-sakit dan bisa-bisa seluruh badan akibat pengeluaran ruam campak yang memenuhi muka,badan bahagian depan dan belakang serta kaki dan kepala. Namun begitu saya masih bersyukur dan berterima kasih kepadaNya kerana saya dan angah masih diberi kesihatan yang baik dan kekuatan diri untuk mengurusi mereka semua. Alhamdulillah n tq Allah.

Hari ini dua orang doktor dari UPDK telah berkunjung ke rumah kami atas undangan kami untuk mengesahkan keadaan dan kesihatan kesemua yang telah dijangkiti.  Maka dengan ini bermulalah lagi 10 hari kuarantin untuk yang ahli keluarga yang sakit ini.  Semoga Allah terus memberi kekuatan dan semangat untuk saya dan kesemua ahli keluarga kami untuk menempuhi hari-hari mendatang.  Sesungguhnya setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali MAUT.

Redha dan pasrah dengan segala ketentuanNya disamping usaha ke arah kesembuhan adalah jalan terbaik yang patut kami ambil.  Semoga Allah tidak jemu melayani doa kami semua untuk terus tabah dan sabar mengharungi segala ujian dan dugaanNya ini.  Amin YaRabbal 'Alamin.


 Kepada suami dan anak-anakku yang dijangkiti penyakit ini, bersabarlah dengan semua ini.  Selagi hayatku dikandung badan, insyaAllah kamu semua adalah keutamanku selepas Allah dan RasulNya.  Pasti ada hikmah yang tersembunyi (yang Allah sahaja yang Maha Tahu) di sebalik semua ini.

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...