суббота, 30 апреля 2011 г.

MARILAH KITA MUHASABAH DIRI

Perkara yang ya'hudi suka dan kita pun lakukan


Perkongsian bersama..

Assalamualaikum

Cuba renungkan... .kebenaran e-mail ini....untuk rujukkan kita bersama.
Seminit untuk kita beringat...
DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Ya'hudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang
tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustanyang
panjang berjela... Adaanak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa
depa..... berjaya sudah Yahudi..... Hinggakita terfikir.... ..
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja....
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari
kabaret..... .( aku tengok dari filem P Ramlee )....

4. .....Sport.. .
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan....
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ...
yang menonton pun tak sembahyang juga .......
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk GOL......
Yahudi gol lagi........sampai ada ulamak kata...kerana sukan
...sembahyang boleh tangguh....Mashaalla h,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan... .
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. .
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ...
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...
itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....

8.. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .
Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh Kentucky ....rempahnya datang dari Amerika....
siapa nak pergi check....halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap....
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
yahudi.... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h.....
Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH....... ....... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

Langkah 3:

* Forward email ini orang yang anda kasihi..

-----------------
PANDUAN & NASIHAT
-----------------

Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."
(Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.


AMALAN SEDEKAH BAWA KEBERKATAN

AMALAN SEDEKAH BAWA KEBERKATAN

March 30th, 2011 | 11:10 am | Ibadah | 1 response
SETIAP manusia sudah dijamin rezekinya oleh Allah. Ia tidak hanya dikatakan sebagai wang ringgit tetapi pengertiannya amat luas sekali merangkumi kesihatan yang baik, ketenteraman jiwa, keturunan, isteri dan anak yang baik.
Ada yang runsing dan sering mempertikaikan masalah rezeki yang dimiliki. Mereka merungut kerana sudah bertungkus-lumus mencari rezeki namun kehidupan masih tidak berubah.
Sebagai hamba Allah yang beriman, anggaplah semua itu dugaan serta cabaran untuk menjadikan diri lebih kuat dan cekal berusaha.
Teruskan berusaha kerana setiap kejayaan pastinya memerlukan kerja keras tanpa berputus asa melaksanakannya.
Bersikap reda dan bertawakal supaya Allah memberkati segala yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi dan Pemurah atas rezeki untuk hamba-Nya.
Semua yang berlaku atas izin-Nya. Ketika seorang hamba berprasangka buruk kepada Allah, maka keburukanlah yang diterima.
Jika mereka bertawakal kepada Allah maka Allah pasti mencukupkan keperluannya. Allah berfirman yang bermaksud:
“Barang siapa yang me nyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya (memelihara). Sesung guhnya Allah menyampaikan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan qadar (takdir) bagi setiap sesuatu.” (Surah at-Taalaq ayat 3).
Namun tahukah kita sikap memberi atau bersedekah mempunyai kelebihan dalam urusan pencarian harta. Malah ia membuka pintu rezeki lebih luas kepada mereka yang melakukannya.
Amalan bersedekah penyubur kebaikan serta melipat gandakan rezeki sese orang hamba. Allah berfirman yang bermaksud:
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).
Tidakkah kita merasa tertarik dengan janji Allah berikan itu? Tidak dinafikan, semua orang mahu hidup senang; mempu nyai rumah yang luas dan selesa, berkereta mewah, memakai pakaian cantik dan bercuti ke luar negara .
Namun dalam erti kata sebenar, kehidupan kita tidak berstatus kerana ada kalanya kita berada di atas dan begitulah sebaliknya. Tujuan kita hidup bukan untuk memenuhi nafsu tetapi kita perlu melihat kekurangan dan kesengsaraan orang lain.
Jika Allah ‘memberi’ pinjaman kekayaan kepada kita maka gunakan kesempatan itu untuk melihat segala yang berlaku di sekeliling. Sebenarnya masih ada lagi yang memerlukan perhatian dan bantuan.
Justeru jalankan amanah kekayaan yang Allah kurniakan itu bagi membantu golongan memerlukan. Dalam rezeki Allah itu terdapat hak orang lain yang perlu dimanfaatkan.
Bersifat individualistik melambangkan seorang itu tidak berhati perut, sukar didekati dan orang ramai tidak menghormatinya. Walaupun memberi dalam kuantiti sedikit tetapi sedikit itulah keberkatannya.
Alangkah baik jika pendekatan mencari rezeki sambil menyumbang diterapkan dalam diri kita. Sabda Rasulullah:
“Tidaklah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah.” (Riwayat Muslim).
Beri setakat mana termampu dulu kerana sumbangan sekecil itu menjadi pembersih harta kita. Sedekah orang yang kurang hartanya lebih besar ganjarannya.
Rasulullah bersabda:
“Sedekah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikeluarkan dalam keadaan sedikit harta. (Riwayat Ahmad).
Allah berfirman:
“Orang-orang yang menaf kahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut pemberiannya dan dengan tidak me nyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah ayat 262).
Apabila bersedekah, kita mesti iringi dengan perasaan gembira dan tidak boleh menyesal. Jika tidak mampu menyumbang harta, setidak-tidaknya berusaha menyumbang tenaga dan fikiran bagi mengajak orang sekeliling melakukan kebaikan.
Rasulullah berbual dengan sahabat, maksudnya:
“Pada setiap Muslim tuntutan untuk bersedekah”, sahabat berkata: Bagaimana jika tidak mampu? Nabi menjawab: “Berusahalah dengan kedua tanganmu untuk hasilkan perkara bermanfaat dan bersedekahlah.
Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah sama ada dengan tenaga atau ditunjukkan kepada yang mampu).
Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran.
Sahabat bertanya lagi: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedekah (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Seelok-eloknya, galakkan diri bersedekah kepada ahli keluarga yang miskin dan memerlukan sebelum melaksanakannya kepada orang lain.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala, namun apabila diberi kepada yang punyai pertalian (kerabat), dua pahala iaitu satu sedekah dan satu lagi adalah merapatkan hubungan.” (Riwayat At-Tirmidzi).
Bersedekah boleh meringan kan bebanan orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. Rasulullah bersabda:
“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).
Justeru, beberapa perkara perlu diambil perhatian demi kesempurnaan amalan sedekah antaranya barang yang disedekahkan mestilah baik. Tidak wajar sama sekali barang yang disedekahkan itu kita sendiri tidak tergamak menggunakannya.
Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.
Kemudian sesuatu yang disedekahkan mesti halal.
Sunat jika bersedekah dengan benda atau barang yang disukai dan disayangi tidak kira ia banyak atau sedikit. Allah berfirman yang bermaksud:
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali-Imran ayat 92).
Jangan sesekali bersedekah kemudian mengungkit, merungut dan menyakiti hati orang yang menerima kerana perbuatan itu haram serta merosakkan amalan sedekah.
Pegawai Pengurusan Dakwah Munirah Care, Muhammad Khusairi Abdullah, berkata galakan kepada umat Islam bersedekah perlu supaya umat Islam terbela.
“Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal. Perbuatan ini lebih dekat kepada keikhlasan kerana menjauhkan diri daripada riak hingga merosakkan amalan.
“Penumpuan perlu diberikan kepada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat. Mereka terdiri daripada golongan fakir, miskin, amil, muallaf, riqab (hamba yang menebus dirinya secara ansuran), al-gharimin (orang yang menanggung hutang dan tidak mampu menyelesaikannya), fisabilillah (berjuang di jalan Allah) serta ibnu sabil (musafir yang terputus bekalannya di perantauan).
“Setiap kali bersedekah pastikan niat kita ikhlas kerana Allah. Jika kita menderma hanya sekadar untuk mendapat pujian, nama atau pangkat ia tidak memberi sebarang makna,” katanya.
Beliau berkata, sedekah membuatkan seorang Muslim mendapat pelbagai nikmat dan kesan kehebatan sedekah itu dapat dirasai ketika berada di dunia lagi.
“Orang yang istiqamah bersedekah atau berinfak hartanya mudah menerima ilmu Allah, terhindar daripada penyakit, jiwa sentiasa tenteram dan menghapuskan sifat bakhil yang bersarang dalam diri.
“Tidak kira siapa kita sama ada kaya atau kurang hartanya mesti berusaha dan bersedia untuk bersedekah. Umpamanya jika kita mempunyai wang RM10 tidak mengapa jika bersedekah sebanyak RM1 kerana yang penting keikhlasan itu mendapat nilaian istimewa daripada Allah,” katanya.
Beliau berkata ganjaran kepada mereka yang bersedekah cukup besar kerana apa saja yang mereka infak itu pahala terus diterima secara berkekalan.
“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”
“Dari hadis berkenaan membuka peluang untuk kita mendapatkan bekalan sebelum mata tutup buat selamanya. Jika kita sedekahkan al-Quran atau sejadah untuk kegunaan jemaah di masjid, selagi mana ia digunakan maka pahala tetap sampai kepada kita. Begitu juga apabila memberi makan, minum dan pakaian kepada anak yatim maka sudah tentu ganjarannya cukup besar,” katanya

среда, 27 апреля 2011 г.

TQVM for the card, Nieza..

Salam n Happy 1st Bloggers Anniversary, Nieza
Keep it up cos ur my inspirations!
May Our friendship remains forever....
from Moscow with Luv!

LALAI SOLAT KERANA PENGARUH DUNIA

LALAI SOLAT KERANA PENGARUH DUNIA

March 8th, 2011 | 7:01 am | Solat | 3 responses

Salam sahabat semua.  Kali ini saya ingin berkongsi ilmu tentang tajuk di atas.   Saya amat tertarik dengan artikel ini yang dipetik daripada website ISLAM ITU INDAH.  Semoga ia menjadi  panduan dan pendorong untuk kita lebih bermuhasabah tentang diri kita sendiri...insyaAllah.  Semoga Allah menerima solat-solat kita semua dari dulu, kini dan selamanya.
PERNAHKAH kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah?
Pernahkah kita terasa berdosa tidak ‘beradab’ menghadapi Allah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kali ini penulis ingin menyentuh soal lalai dalam solat.
Lawan lalai ialah khusyuk dan ia bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan.
Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan maka itu tanda tidak khusyuk.
Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut:

1.               Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.
2.               Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.
3.               Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan. Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai. Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.
4.               Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan di dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Tuhan. Khusyuk adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.
5.               Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang. Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud sepanjang waktu dalam sembahyang.
6.               Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.
Lalai berpunca daripada pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa dalam sembahyang.
Sebab itu kalau dalam sembahyang hanya ada rasa-rasa keduniaan seperti seronok baru berjumpa kawan, teringat polis saman kereta kita salah parking atau bimbang tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya.
Rasa-rasa ini ialah rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyuk. Sekiranya kita tidak kenal Tuhan, hanya setakat tahu dan percaya sahaja,
kita tidak akan dapat rasa khusyuk.
Paling tinggi ketauhidan kita hanya di peringkat akal atau fikiran sahaja kerana tahu dan percaya itu perkara akal. Kita dikatakan orang yang berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.
Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapat khusyuk. Setelah mengenali Tuhan barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan keagungan Tuhan di hati kita kerana kenal itu perkara hati.
Barulah kita akan dapat rasa bertuhan. Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyuk.
Ada hadis berbunyi: “Awal-awal agama adalah mengenal Allah” Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk.
Selagi kita tidak boleh khusyuk kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa Tauhid kita tidak akan mampu mengamalkan dan menegakkan syariat Islam secara lahir dan batin.
Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir tetapi batinnya kosong. Tidak ada khusyuk, tidak ada roh dan tidak ada jiwa. Padahal Islam itu mesti ada lahir dan batinnya.
Oleh: Ustaz Mohd.Zawawi Yusoh
Source: Harian Metro Onlin

PROFESOR MASUK ISLAM KARENA KEAJAIBAN AL-QURAN

PROFESOR MASUK ISLAM KARENA KEAJAIBAN AL-QURAN
Salam sahabat semua.  Sekali lagi saya ingin berkongsi artikel mengenai tajuk di atas yang dipetik dari laman web ISLAM ITU INDAH. Info yang sangat berguna bagi manyemarakkan lagi semangat kita untuk terus mendukung dan mengagungkan Allah, para rasulNya dan kitab2Nya dan tetap kekal dalam Islam...InsyaAllah!


Terbukanya tabir hati ahli farmakologi Thailand Profesor Tajaten Tahasen, Dekan Fakultas Farmasi Universitas Chiang Mai Thailand, baru-baru ini menyatakan diri masuk Islam saat membaca makalah Profesor Keith Moore dari Amerika. Keith Moore adalah ahli Embriologi terkemuka dari Kanada yang mengutip surat An-Nisa ayat 56 yang menjelaskan bahwa luka bakar yang cukup dalam tidak menimbulkan sakit karena ujung-ujung syaraf sensorik sudah hilang. Setelah pulang ke Thailand Tajaten menjelaskan penemuannya kepada mahasiswanya, akhirnya mahasiswanya sebanyak 5 orang menyatakan diri masuk Islam.
Bunyi dari surat An-Nisa’ tersebut antara lain sebagai berkut;”Sesungguhnya orang-orang kafir terhadap ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka, setiap kali kulit mereka terbakar hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain agar mereka merasakan pedihnya azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagiMaha Bijaksana.”
Ditinjau secara anatomi lapisan kulit kita terdiri atas 3 lapisan global yaitu; Epidermis, Dermis, dan Sub Cutis. Pada lapisan Sub Cutis banyak mengandung ujung-ujung pembuluh darah dan syaraf. Pada saat terjadi Combustio grade III (luka bakar yang telah menembus sub cutis) salah satu tandanya yaitu hilangnya rasa nyeri dari pasien. Hal ini disebabkan karena sudah tidak berfungsinya ujung-ujung serabut syaraf afferent dan efferent yang mengatur sensasi persefsi. Itulah sebabnya Allah menumbuhkan kembali kulit yang rusak pada saat ia menyiksa hambaNya yang kafir supaya hambaNya tersebut dapat merasakan pedihnya azab Allah tersebut.
Mahabesar Allah yang telah menyisipkan firman-firman-Nya dan informasi sebagian kebesaran-Nya lewat sel tubuh, kromosom, pembuluh darah, pembuluh syaraf dsb. Rabbana makhalqta hada batila, Ya…Allah tidak ada sedikit pun yang engkau ciptakan itu sia-sia.
Dari Bahtera Menuju Islam
Seorang pakar kelautan menyatakan betapa terpesonanya ia kepada Al-Quran yang telah memberikan jawaban dari pencariannya selama ini. Prof. Jackues Yves Costeau seorang oceanografer, yang sering muncul di televisi pada acara Discovey, ketika sedang menyelam menemukan beberapa mata air tawar di tengah kedalaman lautan. Mata air tersebut berbeda kadar kimia, warna dan rasanya serta tidak bercampur dengan air laut yang Lainnya. Bertahun-tahun ia berusaha mengadakan penelitian dan mencari jawaban misteri tersebut. Sampai suatu hari bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia menjelaskan tentang ayat Al-Quran Surat Ar-Rahman ayat 19-20 dan surat Al-Furqon ayat 53. Awalnya ayat itu ditafsirkan muara sungai tetapi pada muara sungai ternyata tidak ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau sampai ia masuk Islam. Kutipan ayat tersebut antara lain sebagai berikut: “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan, yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antar-keduanya dinding dan batas yang menghalang.” (QS Al-Furqon: 53).
Berdasarkan contoh kasus di atas, dapat memberikan gambaran pada kita bahwa ayat suci Al-Quran mampu menjelaskan fenomena Cromosome, Anatomi, Oceanografi, Keperawatan dan antariksa (baca “Jurnal Keperawatan Unpad” edisi 4, hal 64-70). Sebenarnya masih banyak ayat- ayat Al-Quran yang menerangkan fenomena evolution and genetic seperti QS. As-Sajdah: 4, QS. al-A’raf: 53, QS. Yusuf: 3, QS. Hud: 7, tetapi karena keterbatasan ruangan pada kolom ini, serta dengan segala keterbatasan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki penulis, maka kepada Allah jualah hendaknya kita berharap dan hanya Allah-lah yang Mahaluas dan Mahatinggi ilmunya. Wallahu a’lam

суббота, 23 апреля 2011 г.

BERTUDUNG TETAPI MASIH TELANJANG?



BERTUDUNG TETAPI MASIH TELANJANG?


Salam sahabat semua....kali ini saya ingin memuatkan entry yang saya perolehi dari blog layarminda2.  marilah kita sama-sama muhasabah diri ttg kaitan perkara ini dgn diri kita sendiri.  semoga kita terhindar dari 
terlibat dgn perkara-perkara seperti ini.  Nauzubillahi minzaliq!
MEREKA WANITA MELAYU BERAGAMA ISLAM.....TETAPI PAKAIAN MEREKA MENYEKSAKAN MATA...
Blog ini diwujudkan sebagai kempen untuk membetulkan tanggapan dan idea anak-anak gadis, makcik-makcik, para suami dan para ayah di Malaysia mengenai konsep aurat wanita Islam yang sebenar-benarnya. Diharapkan supaya teguran dan gambar -gambar contoh di sini dapat dijadikan pengajaran dan sempadan agar wanita-wanita Islam kita menjauhkan diri diri memakai pakaian-pakaian yang melanggar adab wanita Islam terutama sekali jarang, ketat dan sendat. Diharapkan blog ini mampu membawa perubahan walaupun sedikit. Amin.


**Gambar-gambar yang dipaparkan di blog ini di-search secara rambang di blog-blog dan laman web untuk dijadikan contoh memperkukuhkan mesej blog ini dan juga sebagai sempadan bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan fitnah dan sebagainya.

WANITA ISLAM, TOLONG BERHENTI TEMPAH BAJU KURUNG JARANG !

Wanita Islam, Tolong Berhenti Tempah Baju Kurung Jarang !

PAKAI BAJU KURUNG WAJIB PAKAI KAIN DALAM...JANGAN LUPA..!

Pakai Baju Kurung WAJIB Pakai kain Dalam...Jangan Lupa..!

APA MATLAMAT SEBENAR FESYEN MUSLIMAH ? UNTUK TAYANG KECANTIKAN KE ??

Apa Matlamat Sebenar Fesyen Muslimah ? Untuk Tayang Kecantikan Ke ??

DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!

DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!

(LAGU)..KERANA MALU ITU PERISAI ORANG BERIMAN....DI MANA RASA MALU ANDA?

Pulpit rock


Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !)

1. Baca ini dan fahami ini dahulu.
Sabda Rasulullah s.a.w. : 


"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka 
itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol 
seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke 
dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga
 itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori) 


2. Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik 
muda atau tua yang pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli belah. Bagaimanakah 
pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam
 yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda 
di atas ??

Sudah tentu ramai bukan ?? Begitulah wanita Islam akhir zaman.


..................................................................................................................

Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk 
tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa
 alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal:

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati
 kami baik...
3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!
4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang
 kami. Seksi itu subjektif..
5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi
 hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..
10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem 
untuk menyesuaikan dengan scene..
11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...
tunggu dulu..


Apa macam ? BENGONG tak alasan-alasan wanita sebegini ?

......................................................................................................................

Satu fakta menarik yang perlu sentiasa diingat mengenai 

tubuh badan wanita. Renung-renungkan soalan-soalan ini.


1. Kenapa wanita sering dijadikan bahan ekploitasi seks di seluruh dunia ?
2. Kenapa wanita sering dikaitkan dengan simbol seks ?
3. Kenapa filem dan gambar lucah lebih memfokuskan kepada wanita ?

4. Kenapa Islam sejak dari dahulu sangat-sangat menjaga kehormatan tubuh badan
 wanita melalui konsep AURAT ?
5. Kenapa Hawa diciptakan untuk Nabi Adam ?
6. Kenapa wanita diciptakan untuk lelaki ?
7. Apa yang istimewanya tubuh badan wanita hingga begitu mempengaruhi nafsu

 lelaki ?


Itulah kelainan wanita. Hampir keseluruhan tubuh badan wanita mampu merangsang 
nafsu seks lelaki. Betis dan peha mereka menggoda, punggung serta kemaluan
 mereka menggoda, pusat dan dada mereka menggoda, wajah cantik mereka me
mukau jiwa. Ketahuilah bahawa perkara pertama yang lelaki mahukan pada diri 
wanita adalah seks.


Maka pada akhir zaman ini, timbullah isu BERTUDUNG TETAPI TELANJANG. Mereka 
mengaku kononnya sudah berpakaian menutup aurat, tetapi pakaian mereka masih menampakkan bayangan dan bentuk bahagian tubuh badan mereka yang wajib
 dilindungi
..............................................................................................................................




TUDUNG TETAPI KAIN BELAH





Kononnya memakai kain, tetapi lelaki boleh melihat betis mereka yang putih melepak
 apabila mereka berjalan berlenggang-lenggok. Apa gunanya bertudung ?


Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain lapang yang labuh menutup
 keseluruhan kaki mereka.



TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT

 


T-shirt yang dipakai mereka sangat sendat hingga mengikut bentuk pinggang dan 
dada mereka. Bentuk payudara mereka pun boleh nampak jelas. Apa gunanya 
bertudung ?


Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai baju yang lapang dan longgar 
supaya bentuk pinggang dan payudara mereka tidak kelihatan jelas dilihat oleh 
lelaki bukan muhrim.






TUDUNG TETAPI BAJU KURUNG/ KEBAYA JARANG


 


Pakai baju kurung yang jarang di luar, kemudian pakai anak baju@singlet yang
 seksi di dalam. Lengan dan bahagian atas dada mereka boleh nampak. Di majlis 
kenduri kahwin dan hari raya, ramai wanita Islam pakai sebegini. Apa gunanya
 bertudung ?


Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai pakaian yang diperbuat daripada
 fabrik yang lebih tebal supaya tidak tembus dalam.






TUDUNG + BAJU KURUNG / KEBAYA KETAT


  


Mereka tempah dan pakai baju kurung atau kebaya sealak-alak badan, betul-betul
 just nice mengikut saiz bentuk badan mereka. Tidak longgar sedikit pun. Bila berjalan
 dan duduk boleh nampak bentuk betis, peha, punggung, dada, coli dan seluar dalam 
mereka akibat terlalu sendat. Fenomena ini banyak dilihat di majlis-majlis kenduri 
kahwin dan hari raya kita. Apa gunanya bertudung ?


Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita memakai baju, kain dan seluar yang lapang
 dan longgar supaya lebih mudah bergerak, di samping memelihara maruah.






TUDUNG TETAPI BAJU SENDAT + SINGKAT


 

Sudahlah pakai T-shirt yang sendat, singkat dan pendek pula tu. Hanya di atas paras punggung mereka. Bila berjalan dan berdiri boleh nampak bentuk bulat punggung 

mereka. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita melabuhkan baju mereka sehingga bawah 

paras punggung supaya dapat melindungi bentuk punggung mereka dari dilihat jelas
 oleh lelaki.


TUDUNG TETAPI PAKAI LEGGING



Ini adalah kontras paling BENGONG zaman kini. Tudung pakai, kononnya mahu 
menutup aurat. Kadangkala baju pun sudah tutup aurat. Satu masalah besarnya
 ialah mereka pakai LEGGING pula di bawah. Bila sudah pakai LEGGING, maka 
lelaki akan nampak jelas bentuk betis dan peha mereka kerana LEGGING itu 
sangat ketat. Kalau pakai baju singkat, boleh nampak alur seluar dalam mereka
. Kalau fabrik legging itu nipis sangat, boleh nampak warna kulit peha mereka. 
Aduhai....apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain atau seluar yang lapang 

dan longgar untuk melindungi bentuk betis, peha dan punggung mereka
 apabila di luar.



TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANGJARANG,SENDAT, SINGKAT DAN KETAT.

APAKAH PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA YANG

 DIPANDANG DENGAN RASA HORMAT DAN SEORANG WANITA
 YANG DIPANDANG DENGAN PENUH NAFSU SERAKAH ? MANA 
SATU PILIHAN ANDA ?


SUMBER : http://layarminda2.blogspot.com/2011/04/jangan-bertudung
-tertapi-terlanjang.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...