Wednesday 30 March 2011

Al-fatihah buat YBhg Datin Saripah Khalis

Innalillahi wainnailaihi rajiuunnn....Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.. Pagi tadi kita telah dikejutkan dengan suatu berita sedih atas pemergian Ybhg. Datin Saripah Bt Mohd Jaafar ke rahmatullah, isteri bekas Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia iaitu Ybhg. Dato' Mohamad Khalis (Jun 2005-2010) yang telah meninggal dunia pada pukul 5 pagi tadi di Malaysia. Kami sekeluarga mengucapkan takziah kepada keluarga allayarhammah diatas pemergian beliau. Semoga roh allayarhammah sentiasa dicucuri rahmat, ditempatkan disisi para anbiya dan para syuhada serta diiringi doa-doa kita semua. Al-Fatihah.....



“Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu. Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)”.(Surah Al-‘Ankabut : Ayat 56-57)




Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al- Fatihah kepada allayarhammah

AL FATIHAH

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...