Monday 28 February 2011

AURAT WANITA : PERBANDINGAN 4 MAZHAB

AURAT WANITA:PERBANDINGAN 4 MAZHAB

Salam kawan2 semua.....nota kali ini adalah berkaitan dengan aurat wanita : perbandingan diantara 4 mazhab iaitu Malikie, Hambalie, Shafi'ie dan Hanafie.  Marilah kita baca, fahami dan ikuti yang sepatutnya dan bersesuaian dengan mazhab pegangan kita.  

MALIKIE
Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah (harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi, tetapi dengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup

HAMBALIE – Ada dua qawl:
1. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal... dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.

2. Semua badannya, tanpa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qawl yang paling sahih.

SHAFI’IE Ada dua qawl berdasarkan dua riwayat daripada Iman Shafi’ie:
1. Semua badan, tanpa kecuali. Inilah qawl yang paling sahih atau paling nyata atau mu’tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama’ Shafi’ieah.

2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.

HANAFIE Ada dua qawl, berdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah:
1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.

2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya

KASIHNYA Allah PADA WANITA

“Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya”. “Kasihnya Tuhan kepada wanita!” Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ‘layanan’ istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri’ di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband’ manakala perkataan untuk isteri ialah `wife’. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari’ manakala perkataan `femme’ untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh’ dan `zaujati’. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh’ yang bermakna `pasangan’. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut ‘imraah’, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. “Syurga di bawah telapak kaki ibu.” Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan “di bawah telapak kaki” dan bukan “di dalam tangan” atau “di sisi” seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng’hamba’kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. “Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.”

c. “Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina.”(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. “Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

e. “Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka.”(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang’. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama’, tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

Wallahu'alambissawab..

Sunday 27 February 2011

Peraduan Aku Ada Impian

arsyadmaster.com/blog/contestSyarat Untuk Penyertaan :
1. Mempunyai 1 blog tetap dalam Bahasa Melayu
2. Mendaftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan di ruangan komen arsyadmaster.com/blog/contest, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat “Saya tahu Peraduan “Aku Ada Impian Dari Blog…”

Contohnya :- Saya tahu contest “Aku Ada Imipian” dari blog Master Arsyad.

3. Copy dan Paste Link Banner Peraduan tersebut, kemudian letak di sidebar blog anda.
4. Sila Komen Di Blog Master Arsyad sepanjang tahun 2011 untuk mendapat hadiah “Komen Paling Popular”
5. Komen Di Blog Master Arsyad tidak berunsurkan Spam
6. Komen berupa pendapat yang bernas berpeluang untuk dipilih sebagai komen terbaik. (Pendek pun takpe asalkan bernas).
7. Di blog anda, anda hendaklah tulis artikel berkaitan peraduan ini sebulan 2 kali bermakna setahun 24 artikel berkaitan peraduan tersebut. Sekiranya artikel anda melebihi 24 kali dikira sebagai bonus.
8. Follow twitter @ http://twitter.com/arsyadmaster
9. Foloow facebook :- Master Arsyad
10. Syarat akan ditambah dari masa ke semasa jika perlu
11. Sila klik button tweet dan facebook share di atas ini

Macam Mana Mahu Menang
1. Macbook ~ akan dihadiahkan kepada blog yang menjadi TOP REFERRER TERTINGGI sepanjang 2011 berdasarkan analisa Google Analytics. Cara untuk menjadi TOP REFERRER adalah bebas, mungkin dengan cara menampalkan banner di sidebar, setiap artikel atau sering letakkan link Master Arsyad di setiap artikel blog anda.
2. Nokia N8 ~ akan dihadiahkan kepada PENGOMEN TERBANYAK di blog Master Arsyad sepanjang 2011.

Pemenang Utama :-
1. MacBook (TOP REFERRER)
2. RM 500
3. Nokia N8 (Pengomen Terbanyak)
4. Percuma 2 Tiket Seminar Master Arsyad
5. JV (Joint Venture) bersama Master Arsyad
6. Percuma 2 Domain setahun
7. Percuma Majalah Jutawan (langganan setahun)
8. Percuma 1 Tiket Dr Azizan Osman ditaja oleh Master Arsyad
9. Percuma 1 Tiket Abang Abu (Jutawan Singapura) ditaja oleh Master Arsyad
10. Percuma Template Web & produk Master Arsyad bersama pendrive beharga RM400
11. Percuma 1 Tiket Dato Dr Ibrahim ditaja oleh Master Arsyad
12. Banner anda dan nama anda di Blog Master Arsyad untuk 4 bulan

Hadiah Kedua
1. RM 200
2. Percuma 3 Botol Minyak Wangi terapi
3. Percuma 1 Tiket Mind Power Of Millionaire ditaja oleh Master Arsyad
4. Percuma Topup prepaid RM70
5. Percuma langganan Majalah Jutawan 6 bulan
6. Banner anda dan nama anda di Blog Master Arsyad untuk 3 bulan

Hadiah ketiga
1. RM 100
2. percuma 1 Botol minyak wangi terapi
3. percuma topup prepaid rm 30
4. percuma Majalah Jutawan 3 bulan
5. Banner anda dan nama anda di Blog Master Arsyad untuk 2 bulan

Hadiah Saguhati
1. Percuma 3 buah ebook paling top bernilai RM180

Tarikh Tutup :-
- 31 Disember 2011
- Tepat Jam Pukul 12

Read more: http://arsyadmaster.com/blog/contest/#ixzz1F6V1SvZ1

HUKUM SYARAK

 Salam semua, marilah kita berkongsi isi kandungan nota ini demi untuk lebih mendalami ilmu ukhrawi yang kita ada.  Semoga ianya memberi manafaat dan seribu kebaikan terhadap kita semua.  Saya perolehi nota ini dari seorang kawan kenalan FB saya yang sememangnya sungguh rajin dan berbakat dlm menghasilkan nota-nota keagamaan ini.  Jutaan terima kasih diucapkan kepada ZS diatas perkongsian ini.

Hukum Syarak ialah yang Khitab Allah SWT berkaitan dengan perbuatan Mukallaf sama ada berbentuk tuntutan (iqthida), pilihan (takhyir) atau wad’ie.

Hukum Syarak terbahagi kepada dua iaitu ;


Hukum Taklifi
Hukum Wad’ie
Hukum Taklifi ialah Khitab Allah yang mengandungi tuntutan ke atas mukallaf supaya melakukan @ meninggalkan sesuatu perbuatan, atau mengandungi pilihan sama ada hendak melakukan sesuatu @ tidak.



Ringkasnya, ia ada  3 kategori iaitu ;

1. Perintah melakukan sesuatu perkara  sama ada WAJIB atau SUNAT
2. Perintah meninggalkan sesuatu perkara sama ada HARAM atau MAKRUH
3. Pilihan untuk melakukan sesuatu perkara sama ada hendak melakukan atau tidak. Dinamakan HARUS.

Sementara Hukum Wad’ie bermaksud Khitab Allah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat @ penghalang kepada sesuatu hukum.

Saturday 26 February 2011

Muhasabah Diri

Salam kawan2 semua. Hari ini saya ingin menarik perhatian semua terhadap sebuah catatan sahabat FB saya tentang muhasabah diri.  Semoga ianya bakal menjadi input yang berguna dan impact yang baik kepada diri kita semua, insyaAllah!

BERMUHASABAH atau membuat perkiraan, perhitungan dan pertimbangan terhadap amalan dilakukan dalam urusan ibadat atau muamalat sesama manusia sangat digalakkan bagi merenung kembali dan memperbaiki semua amalan dilakukan kepada Allah.

Dalam kehidupan ada kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan sama ada secara sengaja atau tidak yang harus diperbaiki. Melalui amalan muhasabah, amalan baik dilakukan dapat dipertingkatkan sementara yang negatif, ditinggalkan.Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hasyr, ayat 18)Masa yang sebaiknya untuk menilai semua aktiviti dilakukan dalam sehari adalah pada waktu tengah malam dan waktu sunyi tanpa gangguan orang lain. Renung kembali segala amalan dan perbuatan dilakukan sejak awal pagi hingga hendak melelapkan mata.

Jika apa yang dilakukan sepanjang hari mengandungi kecacatan, hendaklah diperbaiki supaya tidak terus mengulangi kesalahan. Bagi amalan baik yang dilakukan, perlu dipertingkat supaya dapat mencapai kemanisan iman dalam melaksanakan amal ibadat kepada Allah.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa dibukakan baginya pintu kebaikan hendaklah memanfaatkan kesempatan itu (untuk berbuat baik) sebab dia tidak mengetahui bila pintu itu akan ditutup baginya.” (Riwayat Asy Syihaab)

Setiap kebaikan dilakukan mesti bersih dan menepati kehendak syariat, bermula daripada pegangan hidup yang melangsungkan hubungan pertalian dengan Allah supaya tidak berlaku titik noda dan dosa.
Saidina Umar Al-Khattab berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan (pada hari akhirat) dan timbanglah amalanmu sebelum kamu ditimbangkan (pada hari akhirat) dan bersedialah untuk menghadapi hari kiamat.”

Sesungguhnya, muhasabah boleh dilakukan terhadap diri, amalan hidup dan kurniaan Ilahi. Rasa kesyukuran dan keinsafan pasti lahir hasil daripada muhasabah yang dilakukan.


Oleh Dr Aminudin Mansor

Thursday 24 February 2011

'10 Amalan Terbalik'


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
 
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
 
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
 
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
 
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
 
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
 
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
 
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
 
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
 
11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....
 
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.'


 

Friday 18 February 2011

MEMBUKA PINTU REZEKI

 Salam kawan-kawan semua.  Hari ini saya ingin mengajak kita merenung sejenak akan kata2 bijak pandai kita tentang peri pentingnya kita mendoakan kedua ibubapa kita.  Semoga menjadi panduan dan pedoman buat kita sebagai anak dan ibu atau bapa kepada keluarga kita...insyaAllah

Salams, for sharing.....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..

Insya Allah


Tuesday 15 February 2011

Christina mahu jelaskan Islam sebenar


kehidupan umat Islam di Amerika Syarikat berubah selepas tragedi 11 September dan dalam masa sama agama Islam semakin dikenali. - Gambar hiasan


KETIKA dua pesawat melanggar bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York dalam insiden 11 September 2001, Christina Rountree masih di sekolah menengah rendah. Seperti sebahagian masyarakat Amerika Syarikat (AS) lain pada masa itu, dia hanya mampu tercengang dan marah.
“Apabila keluar di berita-berita mengatakan serangan tersebut dilakukan oleh orang Islam. Lantas, saya bertanya kepada teman yang beragama Islam... mengapa mereka sanggup melakukannya atas nama Islam? Islam itu agama awak, bukan?
Christina masih ingat jawapan balas teman-temannya yang mengatakan: “Mereka itu orang gila. Mereka tidak menghormati agama Islam. Islam adalah agama kedamaian”.
Fikiran Christina keliru. Lantas, dia mula membaca tentang falsafah agama Islam itu. Malah ketika di kolej, beliau turut menyertai Persatuan Pelajar Islam di kampusnya.
Semuanya selain untuk mengetahui di sebalik agama Islam, dia juga sebenarnya sedang mencari matlamat dalam kehidupannya. Sejak itu, mata dan hatinya telah terbuka tentang Islam. Selama ini terlalu banyak yang salah digambarkan tentang agama Islam. Hal ini menimbulkan semacam satu semangat kepada Christina untuk memperbetulkan, waima pada masa itu dirinya belum Islam.
Christina lantas mengambil keputusan untuk membantu golongan bukan Islam agar mereka ini lebih memahami agama yang syumul itu iaitu agama Islam.
“Mereka sebenarnya memperoleh maklumat yang salah tentang agama Islam dan Muslim ditambah kebimbangan yang sudah menguasai diri, kata Christina. Malah sebagai seorang Afro-Amerika, saya amat memahami bagaimana rasanya dinilai hanya dengan melihat penampilan luaran anda sahaja”.
Namun bagi Christina, dia tidak pasti jika ada orang yang akan mendengar kata-katanya. Keraguannya itu diluahkan kepada seorang teman.
Balas temannya, “Beginilah Christina, bukankah lebih baik awak tunjukkan contoh tauladan bagaimana seorang Muslim itu daripada awak banyak menghabiskan masa bercakap mengenai apa yang mereka sendiri tidak pernah mengambil berat untuk memahami. Ada kebenarannya juga...
Mengakui kepercayaannya ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan dakwah yang disampaikan baginda. Malah Christina turut menyukai struktur agam Islam itu sendiri dan keyakinan paling kemuncak ialah akan mukjizat al-Quran. Apa sahaja kemusykilan yang timbul boleh dirujuk terus kepada kitab suci al-Quran yang masih terpelihara dan menjadi rujukan sehingga kini.
Akhirnya, pada 17 November 2006, Christina mengucap dua kalimah syahadah. Keputusan itu atas kehendak, kerelaan dan keikhlasan. Akui Christina, dia menerima Islam kerana itulah yang dikehendaki Allah SWT ke atasnya.
Namun, keputusannya itu bukanlah sesuatu yang dijangka dan diharap oleh ibunya, sekali gus tidak merestui pengislaman yang dibuat Christina.
“Ibu melenting bila mengetahui saya sudah Muslim. Katanya, saya lakukan semua itu kerana seorang lelaki memandangkan saya mudah mesra dengan lelaki yang berasal dari Timur Tengah atau yang mirip wajah pemuda dari India. Padahal, ketika itu, ibu tahu saya tidak mempunyai teman lelaki lagi.
“Berlainan pula penerimaan bapa, dia hanya menyokong segala tindakan saya jika itu yang membuatkan saya gembira”. Katanya lagi, “Buatlah apa sahaja selagi mana kau rasakan yang engkau telah menemui Tuhanmu.”
Alhamdulillah...tidak lama selepas itu, sudah nampak tanda-tanda penerimaan ibunya, salah satunya, sesekali ibunya mengikut Christina ke masjid.
Sungguhpun begitu, tidak dapat dinafikan sebaik bergelar Muslim, dia berhadapan detik-detik kesukaran yang ada ketikanya amat memahitkan.
Katanya, percubaan mengebom lapangan terbang berdekatan Detroit pada Hari Natal adalah detik paling besar yang diumpamakan mencalit arang kepada wajah Islam kepada semua umat Islam seluruh dunia.
“Bagi saya ia bukannya satu atau dua tapak ke belakang. Ia seolah-olah ribuan tapak ke belakang. Pada saat di mana orang sudah mula menerima Islam secara positif, jauh daripada pandangan dan persepsi Islam itu agama keganasan dan pelbagai lagi sisi gelap Islam, kini situasi seperti 11 September, kembali berulang,” katanya.
Memburukkan lagi keadaan, pengalaman Christina pada ketika itu merupakan krew penerbangan. Tidak lama selepas kejayaan kerajaan AS mematahkan cubaan serangan seorang Muslim Nigeria, ketika itu dia berada di dalam sebuah pesawat yang hendak berlepas, salah seorang rakan krew yang mundar-mandir di dalam pesawat membuka bicara mengenai insiden tersebut.
Mereka berdua berulang kali mengatakan dengan nada marah dan tidak puas hati, “Orang Muslim tidak seharusnya berada di AS. Saya berharap sangat mereka semua mati. Malah mereka terus-menerus mengatakan pelbagai hal tentang Islam,” kenang Christina.
Pada saat itulah, Christina mulai faham, bagaimana pandangan majoriti warga AS tentang Muslim. Banyak yang tidak tepat, malah ada yang tidak berasas. Ingin sangat dia membetulkan pandangan salah dua krew lelaki itu tadi.
Namun, Christina memilih untuk berdiam, apatah lagi memberitahu bahawa dirinya sebenarnya seorang Muslim. Bagaimanapun, perbualan mereka itu benar-benar membebani kotak fikiran Christina.
Bagaimanapun, peristiwa itu sedikitpun tidak membuat beliau putus harapan. Baginya, suatu masa nanti, pasti rakyat AS akan melakukan sepertinya, mempelajari sendiri bagaimana Islam yang sebenarnya.
Mengakui dirinya masih dalam prose s pembelajaran selain berazam akan bertudung suatu hari nanti. Insya-Allah.
Sumber: MUSLIM IN MICHIGAN
Ulasan: Marilah kita berdoa semoga Christina bakal menjadi muslimah dan pejuang Islam sejati....insyaAllah!  Semoga Allah terus menetapkan iman Christina dan kita semua dalam Islam...Aminnnn!

Hijjaz - Rasulullah

Friday 11 February 2011

Impian menjadi nyata

Salam kawan2semua.....

Dah lama juga sy tak menulis. Kali ni sy nak coret skit tentang impian yg telah menjadi
nyata. Setelah hampir empat bulan dipendam keinginan untk memilikinya, akhirnya tanggal 5 Februari 2011 telah mencatatkan sejarah itu.

Alkisahnya begini. Anak dara saya yg sulung berumur 11 thn lebih dan adik bongsunya yg berumur 3 thn lebih telah menyampaikan hasrat dan keinginannya untk memiliki iPad sendiri bagi kegunaannya,adik-beradik dan keluarga. Dengan penjelasan yang amat panjang lebar dan bersungguh-sungguh tentang fungsi,peranan,faedah dan kelebihan iPad tersebut kepada kami maka akhirnya'abahnya' telah berjanji utk membelikan pada Februari 2011 nnt.

Kalau mengikut perbincangan kami suami isteri pada awalnya, kami merasakan tidak perlu utk melayan kehendak yang seperti ini. Ini memandangkan kami telah pun memiliki 3 set netbook, 1 set komputer peribadi dan bermacam jenis alatan elektronik dan permainan seperti PSP (6 buah - setiap anak), 2 set PS2, 4 buah gameboy (dibeli sejak ogos 2007 - ketika baru sebulan menjejakkan kaki di bumi Moscow) set Wii, iPod (7 buah - setiap dan maknya juga...hehehehe) iPod Touch 32GB, iPhone 3G dan bermacam-macam lagi alatan dan permainan dalam utk kami sekeluarga. Semua kemudahan yang ada ini adalah atas rezeki yg Allah telah berikan kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah....jazakallahhukhairankathiraa!

Setelah bersabar dan menanti dengan penuh harapan, maka pd tanggal 05 Februari 2011, kami sekeluarga dengan ditemani 2 org anak buah kami telah merealisasikan impian bersama ini. Sebuah iPad 64GB Wifi + 3G beserta cover dan simcard menjadi milik keluarga 'Dzulaily'. Dengan bermodalkan USD1K lebih iPad 64GB dibawa pulang. Betapa bangga,bersyukur dan berterima kasihnya anak-anak terutamanya anak2 dara tersayang dengan kehadiran iPad ini. Kami juga amat gembira dengan perkembangan minda anak2 kami yang semakin meningkat dari masa ke semasa terutama anak sulung perempuan kami,Ct Hafizah (angah) dan Ct Zulaikha(anak bongsu).

Semua aplikasi yg hendak dan perlu dimuatkan dlm iPad itu telah dimuat turun sendiri oleh Angah. Kagum aku dengan kesungguhan dan kepandaiannya mendapatkan aplikasi perlu dan penting utk tujuan pembelajaran, hiburan dan tontonan serta makluman bersama. German Dictionary,
Spanish dan Russian Dictionary juga telah dimuat turun olehnya disamping English. Permainan online, berita ( CNN , RT News, Breaking News), dan bermacam-macam lagi aplikasi juga telah dimuat turun olehnya. Tahniah anakku atas usahamu yang memang bersungguh-sungguh itu.

Akhirnya aku juga mendapat banyak kelebihan dan kemudahan dgn kehadiran iPad ini. N3 ini adalah yg pertama aku tulis dan publish melaluinya. Memang terasa sungguh kemudahan dan kelebihannya. Alhamdulillah! TQ Allah, tqvm my hubby n my kids 4 all. iPad ini juga adalah advance birthday gifts buat kedua2 anak dara kami yg bakal menyambut birthday masing2 pd 13 Feb - adik dan 16 April - Angah.....<3 u all...

Sesungguhnya semua rezeki itu dtgnya dari Allah, maka marilah kita bersyukur atas segala limpahan rezeki dan kurniaNya....Aminnnn

Begitulah selontar kisah tentang anak2 kami dan juga kami sekeluarga.

Friday 4 February 2011

Kuih Cara Manis

Resepi dan entry yang diambil dari blog Nor Akhtar utk kemudahan sendiri dan kegunaan bersama.  Tqvm Nor....

Bahan-bahan 
sdkt gula-utk dibuat inti
1 cawan gandum
1 3/4 cawan fresh milk
1/2 st esen pandan
1 st kaler hijau
1/2 st garam
sdkt minyak utk disapu kedlm loyang


Cara-cara
 Campurkan semua bahan kedalam bekas dan kacau hingga tiada ketulan. Kalau nak guna blenderpun boleh. Tapi saya kacau guna whisk ajer..




 Panaskan acuan dgn menggunakan api yg perlahan dan langserkan dgn sdkt minyak masak.




Minyak tu buh agak2..jgn sikit sgt..nanti melekat..so.bg nampak cam kat atas tu!



Masukkan adunan ke dlm acuan.




masukkan 1/2 st gula ke dalam adunan. 


dan tutup kembali selama 3-4 min.


 Bila adunan dah nampak macam ni!


bersedialah untuk di angkat..



Senang kan? Dah boleh makan....
Kagum dengan kesungguhan dan rajinnya Nor dalam memuatkan resepi2 dan nota2 tentang perjalanan beliau dan keluarga serta info2 yg berkaitan dengan kehidupan sehari2....keep it up Nor! Tahniah!....U r my inspiration for this blog!

Thursday 3 February 2011

Kids' Medical Check Up

Salam semua....saya nak citer skit ttg perjalanan diari hidup saya sekeluarga hari ini.  Pagi tadi saya bersama suami dan anak-anak telah pergi ke European Medical Centre (EMC)di Oblevsky Pereulok untuk membuat 'medical check up' anak-anak yang bersekolah di BISM (arahan pentadbiran sekolah - wajib).  Perjalanan kami dari rumah mengambil masa hampir 2 jam kerana kesesakan lalu lintas yang agak maksima disepanjang perjalanan.  Alhamdulillah 15 minit sebelum temujanji bermula, kami telah sampai ke destinasi.  Setelah pentadaftaran dibuat, kelima-lima anak kami telah diperiksa oleh Dr Hajimie Esaki (MD) setelah temujanji dibuat 4 hari yang lepas.

Shauqi adalah anak yang mula-mula diperiksa diikuti oleh Siti, Shafiq, Jamil dan akhir sekali Shahir.  Pemeriksaan dimulakan dengan soal jawab tentang rutin harian tentang makanan, kesihatan, kecergasan, pembelajaran dsbnya.  Sebanyak 15 muka surat harus diisi oleh Doktor melalui borang F26 dan Y63 utk memastikan tahap kesihatan anak-anak memuaskan dari semua segi.  Setelah selesai soal jawab, timbang berat dan ketinggian diambil.  Seterusnya Dr Hajimie telah mengarahkan pembantu beliau untuk membawa anak-anak kami ke makmal untuk pemeriksaan darah, air kencing dan stool (najis).  Seterusnya Shafiq, Siti dan Shauqi menjalani ECG utk jantung.  Akhirnya pemeriksaan X-Ray badan dijalani pula oleh Shauqi dan Siti.

Akhirnya setelah hampir 3 jam berada di EMC ini, kami pun beredar dan bergerak menuju ke destinasi seterusnya iaitu Bank VTB.  Suamiku meneruskan tugasnya dengan mengambil bank statement untuk tugasan rutin bulanannya menyediakan akaun pejabat.  Seterusnya kami menuju ke Obmen Baluuti (Money Changer) utk urusan tukar duit.  Agak mengejutkan juga hari ini kadar tukaran cuma 1 USD = 29.35 Rb kerana kelmarin kadarnya ialah 29.60.  Tetapi keadan seperti ini biasa berlaku (dimana turun naik kadar matawang dunia adalah perkara biasa berlaku....Global Economic Crisis).  Akhirnya tepat jam 4.30 ptg kami tiba di rumah setelah semua urusan hari ini selesai.

Setelah menunaikan solat kami, saya telah menyediakan juadah utk makan malam dgn memasak ayam masak merah, ikan masak asam, sayur campur dan sup tulang.  Pada sebelah malamnya kami anak beranak telah main dart (suka2 jer....mostly every weekend  night...main/lawan dari yg paling kecil hingga yang paling tua....suamiku)Minggu ini anak-anak yang bersekolah rendah tidak bersekolah selama seminggu kerana mengikut arahan pentadbiran sekolah ekoran merebaknya Influenza di Moscow (cuti ini bukan untuk semua sekolah....BISM School 3 bersekolah seperti biasa) Penutupan sekolah ini adalah arahan daripada kerajaan Russia (mengikut surat khabar) sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan/kesihatan kepada murid-murid sekolah.


Semoga kami dan kita semua terhindar dari segala mala petaka dan jangkitan penyakit yang ada disekeliling kita walau di mana sahaja kita berada.  'Ya Allah, Ya Tuhanku, lindungilah kami dari segala mara bahaya dan penyakit berjangkit yang boleh membahayakan diri dan kesihatan kami semua,  Amin Ya Rabbal 'Alamin"

Special Giveaway From Moscow

http://norakhtar.blogspot.comSpecial Giveaway From Moscow!

Ehem..ehem..ekceli dah lama saya berhasrat utk membuat giveaway ni tapi tidak berapa tahu sgt caranya. Thanks a lots kepada Encik asben yang membantu dan ellang serta lorna


Ok tak nak bercoleteh panjang...cuma nak bagitau kpd sesiapa yg ingin menyertai giveaway. Untuk makluman juga syarat no.5 telah diubahsuai sikit atas sebab2 tertentu..so kepada anda yg terawal menyertai GA ini..sila take note ya! Dan saya dgn rendah dirinya meminta maaf diatas perkara ini.


Syarat-syaratnya
  1. Peserta mesti mempunyai blog (kalau tidak camana nak tag member   kan?)
  2. Anda dijemput menjadi follower http://norakhtar.blogspot.com (tiada paksaan)
  3. Post satu entry ttg giveaway ini di dlm blog anda "Special Giveaway from Moscow" dan link kpd blog ini ( copy syarat penyertaan dr  no-1 hingga seterusnya)..dan kalau rajin letak enty berkaitan di sidebar blog anda..kalau tak rajin..tak payah..tak nak paksa..:) 
  4. Tag 5 orang rakan blog anda(nak tag lebih pun takpe) dan pastikan mereka tahu diri mereka telah di tag. 
  5. Tinggalkan komen ikhlas anda tentang (1) kebaikan  giveaway dan (1) keburukan giveaway di bahagian komen kat bawah ini beserta URL blog anda supaya senang saya contact. 
  6. Giveaway ini bermula petang ini hingga 28 Feb 2011
Pesanan Penaja..cewahhhh!!!
  • Jika anda rasa giveaway ini membebankan..atau membuang masa anda..takyah susah2 nak join.. Semua ini hanya untuk suka2 sahaja 
  • Cara penghantaran hadiah akan dibincangkan selepas pemenang dapat ditemui.  
  • 5 peserta akan menerima 2 hadiah dari saya.
  • Pertukaran hadiah diantara pemenang boleh dilakukan suka sama suka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...